Jumaat, 10 Februari 2023 | 3:58pm

PayNet pacu wartawan cilik dengan SKUAD DIDIK DuitNow Gen E-Duit

KUALA LUMPUR: Jika anda mempunyai anak remaja berusia 10 sehingga 16 tahun yang suka berada di hadapan kamera dan bercita-cita menjadi wartawan penyiaran celik kewangan, SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT boleh merealisasikan impian ini.

Inisiatif Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Media Prima berkolaborasi melancarkan program literasi kewangan berkonsepkan kandungan 'Edutainment' dianjurkan bertujuan mendidik murid mengenai kepentingan celik kewangan terutamanya literasi pembayaran digital, selaras dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan.

Pendedahan akan diberi kepada pelbagai jenis produk-produk pembayaran digital kendalian PayNet seperti JomPAY untuk pembayaran bil, DuitNow untuk pemindahan wang atau pembayaran melalui kod QR kebangsaan, FPX untuk pembayaran e-dagang, dan pembayaran dengan kad ATM MyDebit.

Peserta yang berminat untuk menyertai program SKUAD DIDIK DuitNow - GEN E-DUIT, hanya perlu menghantar video rakaman duet selama 30 saat melalui media sosial TikTok dengan menggunakan tanda pagar #SKUADDIDIKDuitNow dan seterusnya akan dinilai.

Penyertaan diterima sehingga kini amat menggalakkan dan tarikh penyertaan yang sepatutnya tamat pada 31 Januari lepas telah dilanjutkan sehingga 15 Februari bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai.

Seramai 30 finalis yang terpilih berpeluang menyertai Bengkel Wartawan Penyiaran Bijak Kewangan PayNet dan DIDIKTV Kementerian Pendidikan (KPM) yang dijadualkan bertempat di Sri Pentas pada 11 Mac.

Hadiah utama yang bakal dimenangi pula adalah wang e-tunai berjumlah RM2,000, sijil penyertaan dan barangan eksklusif dari DIDIKTV KPM dan PayNet.

Tempat kedua akan membawa pulang e-tunai berjumlah RM1,000, sementara tempat ketiga menerima e-tunai berjumlah RM500.

Seramai 27 peserta lain tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga bakal menerima saguhati e-tunai berjumlah RM200 setiap seorang.

Hanya ikuti empat langkah untuk menyertai SKUAD DIDIK DuitNow Gen E-Duit.

1. Langkah pertama adalah dengan membuat video duet SKUAD DIDIK DuitNow Gen E-Duit di TikTok @didiktvofficial.

2. Langkah kedua adalah menyiarkan video terbaik dengan tanda pagar #SKUADDIDIKDuitNow.

3. Langkah ketiga adalah dengan memastikan akaun media sosial berada dalam Mod Awam.

4. Langkah keempat pula adalah dengan menghantar pautan dan butiran diri dengan mengimbas kod QR di laman web www.xtra.com.my/skuaddidikduitnow.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, sila layari laman rasmi https://www.xtra.com.my/skuaddidikduitnow/index.html

Berita Harian X