Jumaat, 3 Februari 2023 | 7:23pm
 63 peratus daripada 2,071 responden dalam kaji selidik di Twitter BH menyatakan mereka tidak dapat menabung kerana gaji kecil, bukannya disebabkan sifat boros.
63 peratus daripada 2,071 responden dalam kaji selidik di Twitter BH menyatakan mereka tidak dapat menabung kerana gaji kecil, bukannya disebabkan sifat boros.
Orang ramai mengeluh dengan gaji rendah manakala harga barang semakin naik sehingga mereka tidak mampu untuk membuat tabungan kecemasan. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad
Orang ramai mengeluh dengan gaji rendah manakala harga barang semakin naik sehingga mereka tidak mampu untuk membuat tabungan kecemasan. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad

Tak dapat menabung kerana gaji kecil, kos hidup tinggi

Kuala Lumpur: Gaji kecil diterima majoriti pekerja Malaysia dan kos sara hidup tinggi menyukarkan orang ramai untuk menabung, bukannya kerana mereka boros berbelanja.

Perkara itu adalah dapatan daripada kaji selidik BH menerusi Twitter semalam yang mana 63 peratus daripada 2,071 responden menyatakan mereka tidak dapat menabung kerana gaji kecil, bukannya disebabkan sifat boros.

Bagaimanapun, 33 peratus responden pula setuju rakyat Malaysia lebih suka berbelanja sehingga tiada tabungan kecemasan walaupun RM1,000 kerana boros.

Sementara itu di ruangan komen, pengguna media sosial rata-rata mengeluh dengan gaji yang diterima terutamanya kini harga barang semakin naik sehingga mereka tidak mampu untuk membuat tabungan kecemasan.

Sebelum ini Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 oleh Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang diterbitkan Oktober lalu melaporkan daripada 3,000 responden, sebanyak 69 peratus daripadanya lebih suka berbelanja berbanding menyimpan, menyebabkan mereka tiada simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan.

Orang ramai mengeluh dengan gaji rendah manakala harga barang semakin naik sehingga mereka tidak mampu untuk membuat tabungan kecemasan. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad
Orang ramai mengeluh dengan gaji rendah manakala harga barang semakin naik sehingga mereka tidak mampu untuk membuat tabungan kecemasan. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad

Selain itu, 47 peratus responden mengakui sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000 dan hanya 20 peratus mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh tiga bulan atau lebih, jika hilang pendapatan.

Berikutan itu, Pakar sikap kepenggunaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Laily Paim, menyifatkan rakyat sukar untuk menyimpan wang secara konsisten berikutan gaji tidak mencukupi akibat kos sara hidup yang tinggi dan terus meningkat.

Tambahnya, keadaan kewangan pengguna menjadi bertambah buruk apabila tahap literasi kewangan mereka rendah.

"Dalam keadaan gaji yang rendah, literasi kewangan penting bagi membantu pengguna berbelanja secara tepat, sekali gus dapat menggunakan sepenuhnya pendapatan yang ada untuk memenuhi keperluan hidup," katanya.

Berita Harian X