Khamis, 2 Februari 2023 | 12:45pm

Jangkitan baharu makin rendah, 325 kes semalam

KUALA LUMPUR: Sejumlah 325 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia meningkat kepada 5,036,918.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 113 pesakit pulih dan keluar hospital, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan untuk pemulihan kepada 4,990,079 setakat ini.

Setakat ini juga, tiada kematian baharu didaftarkan hari ini dan ia mengekalkan angka kematian pada 36,942.

Lima negeri yang tertinggi mencatat rekod adalah Selangor (87), Kuala Lumpur (82), Melaka (52), Sarawak (28) dan Pulau Pinang (14).

Negeri lain adalah Johor (12), Negeri Semnbilan (10), Perak (9), Putrajaya (8), Kedah (7), Pahang (6), Sabah (4) dan Kelantan (3).

Berita Harian X