Rabu, 1 Februari 2023 | 10:26pm
Permukiman Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selama dua hari di ibu negara. - Foto BERSATU
Permukiman Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selama dua hari di ibu negara. - Foto BERSATU

74 Ahli Parlimen PN adakan permukiman dua hari

KUALA LUMPUR: Seramai 74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama dua hari, di ibu negara, bermula petang tadi.

Permukiman itu selaras dengan komitmen PN, sebagai pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi bagi menjuarai suara hati rakyat.

Berita Bersatu melaporkan, permukiman itu juga bertujuan melaksanakan tugas check and balance (semak dan imbang) kepada kerajaan.

Permukiman itu dihadiri oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Whip PN,Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam ucapan aluannya, Muhyiddin menegaskan, program seumpama itu juga penting bagi merapatkan hubungan silaturahim antara Ahli Parlimen PN.

Beliau berkata, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen adalah satu amanah daripada rakyat dan harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

Berita Harian X