Rabu, 18 Januari 2023 | 9:28am
Mengemas rumah boleh dilakukan sendiri tanpa mengupah khidmat syarikat pencuci rumah. - Foto hiasan
Mengemas rumah boleh dilakukan sendiri tanpa mengupah khidmat syarikat pencuci rumah. - Foto hiasan

Berkemas cara mudah tanpa serabut kepala otak

MENGEMAS dan membuat kerja rumah sememangnya mengambil masa panjang dan kadangkala merungsingkan apabila berlaku 'kemalangan kecil' seperti tertumpah satu jag air atau mangkuk kaca jatuh berderai.

Kebanyakan kita terlalu sibuk dan tidak ada masa panjang untuk ditumpukan dalam penjagaan rumah atau pengurusannya sehingga ramai menggunakan khidmat syarikat mencuci atau mengupah pembantu.

Bagaimanapun, di sini disenaraikan tip boleh dicuba oleh mereka yang mahu mencari jalan lebih singkat, mudah dan efektif dalam memastikan rumah sentiasa bersih dan tersusun.

Letakkan kertas buat pelapik elak air kotor menitis ketika diangkat. - Foto hiasan
Letakkan kertas buat pelapik elak air kotor menitis ketika diangkat. - Foto hiasan

1. Sampah menitik, bau busuk

Selalu berlaku apabila kita mengangkat sampah untuk dibuang, terdapat koyakan kecil yang membuatkan air sampah menitik hingga terpaksa memperuntukkan pula masa mengelap lantai dengan bersih sehingga bau busuk hilang.

Bagi mengelaknya berlaku lagi, setiap kali meletakkan plastik baru ke dalam tong sampah, masukkan kepingan surat khabar pada bahagian dasarnya untuk menyerap dan menampung sebarang cecair supaya ia tidak menitis.

2. Elak beg plastik bersepah

Jika mempunyai banyak beg plastik, tentu ia kelihatan semak. Bagi membantu rumah kelihatan lebih kemas dengan cara menjimatkan, lekatkan bekas tisu kosong pada bahagian tepi almari atau kabinet dapur dan simpan gumpalan plastik ke dalamnya. Lebih kemas dan lebih mudah diambil.

Roti boleh digunakan untuk membersihkan kaca berderai. - Foto hiasan
Roti boleh digunakan untuk membersihkan kaca berderai. - Foto hiasan

3. Roti bersihkan kaca pecah berderai

Apabila barangan kaca pecah berderai di dalam rumah, ia memang merungsingkan terutama jika ada anak kecil, kerana tidak mahu sesiapa terpijak serpihan kaca yang ada.

Sukar untuk mengutip setiap satu terutama serpihan halus. Gunakan sekeping roti putih dan sapukan ke lantai di kawasan kaca jatuh dan sekitarnya sebagai satu cara efektif mengutip kaca halus. Jika tidak yakin, sapu sekeping lagi roti putih ke lantai.

Letakkan getah pada kiri kanan penyangkut baju elak baju terjatuh. - Foto hiasan
Letakkan getah pada kiri kanan penyangkut baju elak baju terjatuh. - Foto hiasan

4. Baju licin pada penyakut

Bagi memastikan baju terutama yang licin tidak mudah terjatuh dari penyangkut baju, ikatkan getah pada kiri dan kanan penyangkut baju sebelum digunakan untuk menyangkut pakaian yang licin.

5. Cermin kabur ketika mandi air panas

Kadangkala ketika mandi air panas, cermin akan dipenuhi stim dan kabur sehingga tidak dapat melihat wajah kita, gunakan pengering rambut untuk menghilangkan stim berkenaan.

6. Cari barang kecil yang hilang

Ketika mencari barangan kecil yang hilang, boleh gunakan penyedut hampagas, tetapi sebelum itu sarungkan stokin pada muncungnya supaya dapat menangkap sebarang objek kecil yang kita cari misalnya subang yang terjatuh.

Potongan lemon dan air mudahkan pembersihan ketuhar gelombang mikro - Foto hiasan
Potongan lemon dan air mudahkan pembersihan ketuhar gelombang mikro - Foto hiasan

7. Bersihkan ketuhar gelombang mikro

7. Membersihkan ketuhar gelombang mikro bukan kerja yang disukai, tetapi cara yang mudah adalah dengan memasukkan potongan lemon dan air dalam satu mangkuk untuk dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro buat seketika. Sebaik habis dipanaskan, lap saja semua bahagian dalam ketuhar.

Sisa minyak dan makanan mudah dibersihkan dengan gunakan bawang besar. - Foto hiasan
Sisa minyak dan makanan mudah dibersihkan dengan gunakan bawang besar. - Foto hiasan

9. Cuci gril pemanggang

Selalunya penuh dengan sisa minyak dan makanan. Cara mudah bersihkannya adalah dengan memotong sebiji bawang besar dan gosokkan pada gril itu. Ia dengan mudah akan menjadi bersih dan mempunyai bau bawang yang enak untuk sesi memanggang seterusnya.

10. Simpan klip bungkusan roti

Klip pada bungkusan roti yang dibeli tidak perlu dibuang, sebaliknya ia boleh digunakan untuk melabelkan pelbagai wayar yang ada di dalam rumah, misalnya pengecas telefon, komputer atau barangan seperti ketuhar mikro, pembakar roti atau pemanas air. Ia seterusnya memudahkan kita mengambil plag yang betul.

Berita Harian X