Khamis, 12 Januari 2023 | 11:50pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Satu PPS dibuka di Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu di sini, bagi menempatkan seramai 43 mangsa banjir di daerah itu.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, memaklumkan setakat jam 10 malam tadi seramai 15 keluarga dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Semua mangsa kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Kemat, Hulu Terengganu.

Difahamkan, banjir yang berlaku susulan limpahan air sungai dan setakat ini hujan renyai berterusan masih melanda daerah itu.

Sebelum ini, banjir luar jangka yang melanda Terengganu bermula 18 Disember lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas membabitkan lapan daerah berpindah ke PPS.

PPS Masjid Kampung La, Besut menjadi PPS terakhir ditutup di negeri ini berikutan ada kediaman mangsa rosak teruk akibat banjir.

Berita Harian X