Selasa, 10 Januari 2023 | 11:57am
Kerusi wakil rakyat kosong di blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini. - Foto NSTP/RAFIQAH DAHALI
Kerusi wakil rakyat kosong di blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini. - Foto NSTP/RAFIQAH DAHALI
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim (tiga, kiri) yang kembali menghadiri sidang an DUN hari ini selepas cuti ekoran masalah kesihatan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto hiasan BERNAMA

Sebahagian ADUN BN termasuk Bung Moktar dipindah ke blok pembangkang

KOTA KINABALU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, menyaksikan tempat duduk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berubah, berikutan perkembangan semasa politik di Sabah, ketika ini.

Ini termasuk tempat duduk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, dua lagi tempat duduk ADUN BN yang sebelum ini menyandang jawatan menteri dalam Kabinet negeri turut berubah iaitu ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan dan ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin.

Ketiga-tiga tempat duduk ADUN terbabit dipindahkan di blok pembangkang.

Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima ADUN BN Sabah yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah kekal.

Empat dari lima orang ADUN BN Sabah yang dilaporkan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmy Yahya, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih hadir, hari ini.

Persidangan khas DUN hari ini untuk membentangkan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan bekalan gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung Moktar dalam kenyataan memaklumkan sebahagian besar ADUN BN Sabah tidak hadir dalam sidang khas DUN kerana perlu menghadiri menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Kuala Lumpur.

Selain itu, dalam kenyataan media berasingan, Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memaklumkan 19 ADUN dari pihaknya juga tidak hadir dalam sidang khas, hari ini.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin parti terbabit menyokong penuh RUU terbabit.

Selain itu, tiga ADUN dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) iaitu ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony, ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim dan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda juga tidak hadir dalam sidang DUN.

DUN Sabah mempunyai seramai 79 ADUN, iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam orang ADUN dilantik.

Seramai 43 ADUN hadir dalam persidangan khas DUN hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melambaikan tangan selepas pertemuan dengan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH), dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah malam tadi. - Foto hiasan BERNAMA

Berita Harian X