Isnin, 9 Januari 2023 | 2:59pm
Beberapa ADUN yang berkumpul di kediaman Hajiji di Sri Gaya, Kota Kinabalu, tengah hari tadi - NSTP/ Juwan Riduan
Beberapa ADUN yang berkumpul di kediaman Hajiji di Sri Gaya, Kota Kinabalu, tengah hari tadi - NSTP/ Juwan Riduan

ADUN GRS, PH, UMNO berkumpul semula di Sri Gaya

KOTA KINABALU: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali lagi berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya, di sini, tengah hari tadi.

Selain itu, turut kelihatan hadir adalah beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Antara mereka ialah ADUN Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah (GRS), ADUN Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif (GRS), ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun (GRS); ADUN Tambunan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (STAR), ADUN daripada PH iaitu ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew; ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick; ADUN Kepayan, Jannie Lasimbang; ADUN Inanam, Peto Galim, manakala ADUN UMNO ialah ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya; Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Hajiji yang tiba kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi terus masuk ke kediamannya, diikuti pemimpin lain.

Difahamkan, perjumpaan itu berkaitan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN), yang diadakan esok.

Selain itu, perjumpaan itu juga dipercayai membincangkan mengenai situasi politik semasa yang berlaku di Sabah, ketika ini.

Semalam, Hajiji mengumumkan beliau memperoleh sokongan majoriti 44 ADUN daripada GRS, PH dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Berita Harian X