KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023.
Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi satu poster dimuat naik dalam Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
Seri Paduka berdua turut mendoakan rakyat Malaysia hidup dalam kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang musibah.
"Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.
"Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan," titah Seri Paduka berdua dalam poster berkenaan.