Rabu, 28 Disember 2022 | 12:56pm
John Soh Chee Wen (kiri) dan Quah Su-Ling didapati bersalah menjalankan skim antara Ogos 2012 dan Oktober 2013 yang menghapuskan S$8 bilion permodalan pasaran bursa saham Singapura. - Foto AGENSI
John Soh Chee Wen (kiri) dan Quah Su-Ling didapati bersalah menjalankan skim antara Ogos 2012 dan Oktober 2013 yang menghapuskan S$8 bilion permodalan pasaran bursa saham Singapura. - Foto AGENSI

Manipulasi saham, ahli perniagaan Malaysia dijatuhi hukuman penjara 36 tahun

SINGAPURA: Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar republik itu.

Menurut laporan The Straits Times, dalang bersama, Quah Su-Ling, 58, turut dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Mereka berdua didapati memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp atau BAL di antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Dalam proses itu, mereka mengakibatkan kerugian hampir S$8 bilion (RM27 bilion) daripada permodalan pasaran.

Kedua-duanya turut merayu hukuman berkenaan.

Chee Wen, 63, turut disabitkan atas beberapa pertuduhan, termasuk manipulasi pasaran, perdagangan palsu, penipuan, penipuan dan gangguan.

Hukuman yang dijatuhkan hari ini adalah penutup selepas hampir empat tahun serta merangkumi 349 pertuduhan yang berjaya dituduh dalam kira-kira 200 hari perbicaraan.

Pendakwa raya memohon hukuman penjara 40 tahun untuk Chee Wen, yang disabitkan dengan 180 pertuduhan makalah Su-Ling pula 19 tahun setengah, yang disabitkan dengan 169 pertuduhan.

Chee Wen direman sejak 2016 dan Su-Ling yang juga bekas ketua eksekutif Ipco (kini dinamakan semula sebagai Renaissance United), dibebaskan dengan jaminan S$4 juta (RM13 juta).

The Straits Times sebelum ini melaporkan dengan memetik pihak pendakwaan sebagai berkata, skim Chee Wen membabitkan lebih 50 individu, termasuk CEO dan individu berprofil tinggi, dengan lebih setengah bilion dolar dalam pembiayaan yang digunakan untuk memanipulasi pasaran. - AGENSI

Berita Harian X