Sabtu, 24 Disember 2022 | 6:11pm

Anggota SAR bersorak, bersyukur mayat terakhir dijumpai

BATANG KALI: Tepukan dan sorakan kegembiraan bergema di pekarangan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong, sebaik anggota mencari dan menyelamat (SAR) membawa naik mayat mangsa terakhir tragedi itu.

Semua anggota SAR serta semua jabatan bantuan yang berada di lokasi menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila usaha dan kerja keras mereka selama sembilan hari berhasil dan dapat diselesaikan sebaiknya.

Mayat mangsa berjaya ditemui pasukan SAR kira-kira jam 4.53 petang dan dibawa ke PKOB untuk diserahkan kepada Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Dengan penemuan mayat itu, jumlah keseluruhan mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat tragedi itu adalah seramai 31 orang, manakala 61 lagi mangsa terselamat.

Operasi SAR bermula Jumaat lalu itu membabitkan pelbagai agensi keselamatan utama iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Mangsa terakhir dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Mangsa terakhir dibawa keluar oleh anggota penyelamat dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Pasukan SAR gembira dan bersyukur selepas berjaya menemukan mangsa insiden tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Reaksi pasukan penyelamat selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Turut terbabit, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), serta pelbagai lagi agensi kerajaan di peringkat negeri.

Selain itu, khidmat 11 anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) milik JBPM, PDRM dan ATM serta 11 jentera jengkaut turut digunakan sepanjang sembilan hari operasi SAR, selain bantuan pengesanan menggunakan dua alat Ground Penetrating Radar (GPR).

Operasi SAR, hari ini dimulakan sejak jam 7.30 pagi tadi membabitkan 80 anggota JBPM, ATM, APM dan pasukan SMART.

Mangsa terakhir dibawa keluar oleh anggota penyelamat dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
Mangsa terakhir dibawa keluar oleh anggota penyelamat dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Reaksi pasukan penyelamat selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
Reaksi pasukan penyelamat selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Mayat mangsa berjaya ditemui pasukan SAR kira-kira jam 4.53 petang dan dibawa ke PKOB untuk diserahkan kepada Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - NSTP/Asyraf Hamzah

Berita berkaitan:

  • Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali ditemui
  • Mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur
  • Mayat mangsa terakhir tanah runtuh disahkan kanak-kanak lelaki yang hilang
  • 'Terima kasih pasukan SAR'
  • Reaksi pasukan penyelamat selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
    Reaksi pasukan penyelamat selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
    Berita Harian X