Sabtu, 24 Disember 2022 | 5:34pm

Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali ditemui

BATANG KALI: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di sini, membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui hari ini.

Difahamkan, mayat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 4.53 petang di Sektor A (Hill View) yang menjadi tumpuan utama pencarian semalam.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Terdahulu, pencarian operasi SAR seorang lagi mangsa tanah runtuh itu kembali digerakkan untuk hari kesembilan dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, mengesahkan ia membabitkan keseluruhan 80 anggota pelbagai agensi.

"Operasi SAR pada pagi ini akan ditumpukan di antara Sektor A yang dijangkakan sebagai lokasi terakhir mangsa berada.

"Seterusnya, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) akan membuat pengesanan di sektor terbabit sebelum pasukan SAR memulakan operasi pencarian mangsa," katanya.

Mayat mangsa berjaya ditemui pasukan SAR kira-kira jam 4.53 petang dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk diserahkan kepada Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - NSTP/Asyraf Hamzah

Mangsa terakhir dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
Mangsa terakhir dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah

Difahamkan, majoriti mangsa yang disahkan maut sepanjang operasi sejak tragedi berkenaan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu ditemukan di sektor berkenaan.

Berdasarkan maklumat, 19 daripada 30 mayat mangsa sebelum ini ditemukan di Sektor A (Hill View), manakala 10 di Sektor C (Riverside) dan seorang di Sekstor B (Farm View).

Terdahulu, itu, Norazam berkata operasi hari ini membabitkan 80 anggota meliputi 27 daripada JBPM, 25 Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tiga Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Selain itu 10 anjing pengesan dan sembilan jengkaut turut digerakkan dalam operasi SAR ini untuk mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh itu.

Mayat terakhir Tragedi Batang Kali yang ditemukan petang semalam dibawa keluar dari lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
Mayat terakhir Tragedi Batang Kali yang ditemukan petang semalam dibawa keluar dari lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Dalam kejadian jam 2.42 pagi Jumaat lalu, seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh dengan 31 disahkan maut termasuk mangsa terbaru yang ditemui hari ini.

Selain itu, 60 lagi disahkan selamat.

Kelmarin, BH melaporkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong memaklumkan, hanya seorang mangsa daripada sekolah itu setakat ini belum ditemui selepas terbabit dalam tragedi itu.

Yang Dipertua PIBG SJKC Mun Choong, U Chin Ong, dilaporkan berkata peserta yang masih hilang ialah pelajar lelaki Tahun 5, yang juga anak kepada pengusaha kantin sekolah itu.

Difahamkan, daripada keseluruhan 26 orang peserta perkhemahan dari sekolah ini, hanya enam daripadanya adalah guru, selebihnya ahli keluarga mereka, kenalan, pengusaha kantin serta pekerja mereka.

Berita berkaitan:

  • Mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur
  • Anggota SAR bersorak, bersyukur mayat terakhir dijumpai
  • Mayat mangsa terakhir tanah runtuh disahkan kanak-kanak lelaki yang hilang
  • 'Terima kasih pasukan SAR'
  • Mangsa terakhir dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
    Mangsa terakhir dibawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - NSTP/Asyraf Hamzah
    Berita Harian X