Jumaat, 23 Disember 2022 | 6:18pm
Anggota bomba dilihat keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm susulan hujan lebat. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota bomba dilihat keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm susulan hujan lebat. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Hujan lebat, operasi SAR mangsa terakhir tanah runtuh tangguh

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong petang ini tergendala berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata operasi itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

"Operasi SAR dihentikan sementara kira-kira jam 5.40 petang untuk keselamatan petugas SAR yang berada di lapangan.

Anggota bomba bersama anjing pengesan dilihat keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota bomba bersama anjing pengesan dilihat keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Lokasi pertemuan mangsa.
Lokasi pertemuan mangsa.

"Ini berikutan keadaan di tapak pencarian yang tidak stabil dan boleh membahayakan keselamatan mereka," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pasukan SAR memulakan usaha pencarian mangsa terakhir yang juga seorang kanak-kanak lelaki pada jam 8 pagi tadi dengan memfokuskan pencarian di Sektor C (River Side).

Sejak operasi SAR dimulakan Jumaat lalu, sebanyak 30 mangsa ditemui meninggal dunia, manakala 61 lagi selamat dan satu masih hilang dengan jumlah keseluruhan 92 mangsa terbabit dalam insiden itu.

Keadaan Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang berlaku insiden tanah runtuh Jumaat lalu, dijangka dibuka untuk pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sebuah jentera yang melakukan operasi mencari dan menyelamat dilihat meninggalkan kawasan operasi selepas mengalami kerosakan. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Sebuah jentera yang melakukan operasi mencari dan menyelamat dilihat meninggalkan kawasan operasi selepas mengalami kerosakan. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Berita Harian X