Khamis, 22 Disember 2022 | 5:52pm

Operasi SAR tanah runtuh dihentikan, hujan lebat di lokasi

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, dihentikan sementara berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata operasi pencarian baki tiga lagi mangsa yang belum ditemui di lokasi, dihentikan pada jam 4.30 petang tadi.

"Operasi SAR dihentikan sebentar pada jam 2.30 petang tadi akibat cuaca hujan sebelum disambung semula sejam kemudian.

"Bagaimanapun, operasi itu terpaksa dihentikan sekali lagi pada jam 4.30 petang ini berikutan hujan lebat," katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali - Genting Highlands berjaya menemui mayat mangsa yang tertimbus di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali. - Foto ihsan Bomba

Mengulas lanjut, Suffian berkata, operasi itu perlu dihentikan sementara demi keselamatan petugas SAR yang berada di lapangan.

Terdahulu, pasukan SAR pagi ini, berjaya menemui empat lagi mayat, dipercayai sekeluarga, dalam timbunan tanah sedalam kira-kira tujuh meter di Sektor C lokasi pencarian.

Empat mayat itu ditemukan dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah.

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama anjing pengesan di lokasi kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah

Anggota bomba menggunakan khidmat anjing pengesan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm. - Foto ihsan Bomba Selangor

Berita Harian X