Jumaat, 16 Disember 2022 | 6:46pm
Anggota penyelamat mencari mangsa tanah runtuh. - Foto AP
Anggota penyelamat mencari mangsa tanah runtuh. - Foto AP
Mangsa maut dalam bencana Batang Kali di Unit Forensik Kuala Lumpur Hospital. - Foto REUTERS
Mangsa maut dalam bencana Batang Kali di Unit Forensik Kuala Lumpur Hospital. - Foto REUTERS

Lima orang guru masih hilang

SUNGAI BULOH: Tujuh orang guru wanita terbabit dalam runtuhan tanah di Batang Kali, awal pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, U Chin Ong, berkata dua daripada tujuh orang guru itu ditemui selamat.

"Nasib lima orang lagi guru masih belum diketahui dan masih dicari," katanya di sini hari ini.

Chin Ong berkata, kumpulan 23 orang itu membabitkan orang guru dan keluarga mereka berada di tapak perkhemahan sejak Rabu lalu.

"Mereka sepatutnya pulang pagi ini," katanya.

Chin Ong berkata, antara peserta perkhemahan dan mangsa bencana ialah waris petugas sekolah, termasuk pengusaha kantin.

Petugas cuba mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan. - Foto REUTERS
Petugas cuba mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan. - Foto REUTERS

Berita Harian X