Jumaat, 16 Disember 2022 | 2:45pm
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID

Tanah runtuh: Kerajaan ucap takziah

BATANG KALI: Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong di sini, awal pagi tadi.

Anggota bomba memantau lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID
Anggota bomba memantau lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sedih dengan kejadian terbabit dan merayu semua pihak mengutamakan keselamatan ketika beriadah.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melawat tapak runtuhan cerun berkenaan bagi meninjau dan mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit, malam ini.

Lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID
Lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/EFFENDY RASHID

"Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Saya sangat sedih dengan kejadian ini dan merayu kepada ibu bapa supaya memilih lokasi selamat untuk bercuti pada musim cuti persekolahan.

"Tiada yang lebih penting daripada keselamatan. Saya juga berharap pihak berkuasa menjaga keselamatan sepanjang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Berita Harian X