Jumaat, 16 Disember 2022 | 8:44am
Tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlangs-Batang Kali. - Foto NSTP/EFFENDY RASHID
Tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlangs-Batang Kali. - Foto NSTP/EFFENDY RASHID

LANGSUNG: Terkini insiden tanah runtuh: Angka kematian meningkat kepada 21

HARI KEDUA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT

10.20 pagi: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ke lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, hari ini.- Foto Bernama
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ke lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, hari ini.- Foto Bernama

10.02 pagi: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, bagi melawat keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua, kanan) tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh hari ini bagi menziarahi seorang ahli DAP yang difahamkan kehilangan isterinya dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, semalam. - Foto Bernama

7.30 pagi: Operasi SAR baki 12 mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, disambung semula selepas ditangguhkan sementara malam tadi atas faktor cuaca hujan.

Pasukan menyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

HARI PERTAMA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT

10.45 malam: Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

9.42 malam: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di lokasi runtuhan cerun di tapak perkhemahan dekat Jalan Batang Kali-Goh Tong

9.20 malam: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di lokasi runtuhan cerun dekat tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Goh Tong

7 malam: Tanah runtuh, apa kita tahu setakat ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah mangsa di tapak perkhemahan - 94 orang

* 80 pengunjung, 14 pekerja Father's Organic Farm
* Mati - 21
* Hilang - 12

Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting- Goh Tong, Batang Kali. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting- Goh Tong, Batang Kali. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Setakat 7 malam ini, 21 disahkan maut manakala 12 lagi belum ditemui.
Setakat 7 malam ini, 21 disahkan maut manakala 12 lagi belum ditemui.

6.45 petang: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di lokasi runtuhan cerun dekat tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Goh Tong

- TPM memaklumkan PM akan umumkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh

- Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan ada dua aliran air bawah tanah (di lokasi runtuhan) dan ini adalah dapatan awal daripada siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Galian (JMG)

Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), menutup lokasi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Goh Tong, Batang Kali. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), menutup lokasi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Goh Tong, Batang Kali. - Foto NSTP/Aswadi Alias

6.15 petang: Operasi SAR diteruskan 24 jam

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih tertimbus akan diteruskan selama 24 jam dengan tumpuan diberikan kepada sektor B dan C.

Misi itu bagaimanapun akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Beliau mengakui, pasukan penyelamat berdepan kesukaran susulan keadaan mangsa yang dipercayai terbenam pada kedalaman kira-kira 1.2 meter selain kedudukan mereka teralih ekoran gelongsoran tanah.

6 petang: Waris mangsa tanah runtuh buat pengecaman di Hospital Sungai Buloh

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata keadaan fizikal mangsa yang ditemui meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh, dapat dikenal pasti oleh waris.

Ini kerana kecederaan yang dialami oleh 18 mangsa yang maut tidak banyak kesan kecederaan yang serius.

"Mana-mana waris mangsa yang terbabit boleh datang ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh, bagi proses pengecaman," katanya.

HIBA…Antara waris yang hadir untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga yang terkorban di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh hari ini. - foto BERNAMA
HIBA…Antara waris yang hadir untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga yang terkorban di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh hari ini. - foto BERNAMA

5.15 petang: Mayat mangsa ke 17 dan 18 ditemui di Sektor C (Riverside) jam 4.40 petang tadi. Mangsa ditemui berpelukan adalah pasangan ibu dan anak perempuan dalam lingkungan tiga tahun.

Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada diantara Sektor A atau B semasa kejadian berlaku namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang.

4.30 petang: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata 11 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi telah berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh (HSB). Lima mayat lagi masih dalam perjalanan ke HSB untuk proses SOP COVID-19, pengecaman dan bedah siasat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini mangsa runtuhan disebuah tapak perkemahan berhampiran Fathers Organic Farm, Batang Kali di Hospital Sungai Buloh. - Foto NSTP/GENES GULITAH

16 maut daripada 94 mangsa keseluruhan yang berada di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
16 maut daripada 94 mangsa keseluruhan yang berada di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

3.30 petang: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Beliau sudah arahkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenal pasti kawasan zon bahaya dan kawalan bagi membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang.

Katanya, cerapan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat kegagalan cerun tambakan dengan dimensi runtuhan kira-kira 500 meter (m), lebar 200m, kedalaman 8m dengan isipadu runtuhan 450,000 meter padu (m³).

Proteo, mati ketika mencari mangsa terselamat yang tertimbus di bawah runtuhan ketika gempa bumi di Turkiye, lapor kerajaan Mexico. - Foto AFP
Proteo, mati ketika mencari mangsa terselamat yang tertimbus di bawah runtuhan ketika gempa bumi di Turkiye, lapor kerajaan Mexico. - Foto AFP

2.20 petang:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.

Beliau berkata, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), pada 2019.

Semua tapak perkhemahan tepi sungai diarah tutup 7 hari

Kor Ming mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara diarah tutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta.

Arahan sudah dikeluarkan kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pagi tadi susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku esok.

2.00 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melawat tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Batang Kali, malam ini - Menteri KPKT, Nga Kor Ming

1.58 tengah hari: 155 Pihak Berkuasa Tempatan diarah mengosongkan semua kem perkhemahan di tepi sungai dan kawasan berisiko tinggi selama 7 hari - Menteri KPKT, Nga Kor Ming

1.57 tengah hari: KPKT mengesahkan tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun beroperasi secara haram - Menteri, Nga Kor Ming

1.00 tengah hari: Angka kematian meningkat kepada 16 orang, 17 masih hilang setakat 1 tengah hari - Polis

Seorang mangsa yang terkorban dibawa keluar dari lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini.
Seorang mangsa yang terkorban dibawa keluar dari lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini.

12.50 tengah hari: Kegagalan cerun dipercayai punca tanah runtuh, semua lokasi riadah di Batang Kali ditutup

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata kegagalan kaki cerun dipercayai punca kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan awal pagi tadi.

Siasatan awal mendapati tiada tanda awal runtuhan dikenal pasti, selain memaklumkan keadaan cerun adalah landai dan memenuhi kriteria cerun selamat.

Sehubungan itu, katanya, semua lokasi aktiviti riadah sekitar Batang Kali akan ditutup kepada umum sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

12.35 tengah hari: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata fokus utama pasukan penyelamat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, adalah mencari dan menyelamat 23 lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus. Setakat ini 11 mangsa disahkan meninggal dunia.

12.19 tengah hari: Berdasarkan pemantauan pegawai dan pasukan kesihatan Kementerian Kesihatan ke atas mangsa yang cedera di lokasi kejadian, sebahagian besar kes adalah dalam kategori zon hijau, dengan sebahagian kes dalam kategori zon kuning dan merah, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

11.57 pagi: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, umumkan lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka antara mangsa tanah runtuh.

11.30 pagi: Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) OCPD Daerah Hulu Selangor memberi taklimat kepada 15 agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Terkini: mayat mangsa yang ke-10 telah berjaya dibawa keluar.

Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) OCPD Daerah Hulu Selangor memberi taklimat kepada 15 agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat. - Foto ihsan NADMA
Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) OCPD Daerah Hulu Selangor memberi taklimat kepada 15 agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat. - Foto ihsan NADMA

11.20 pagi: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata seramai 13 mangsa dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian. Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Selayang selepas melawat mangsa yang cedera, hari ini.

Anggota bomba dan Pasukan Khas Pertahanan Awam ( PASPA) menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. - Foto Ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

11.10 pagi: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di lokasi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands berhampiran Goh Tong Jaya

11.00 pagi Polis mengesahkan sembilan maut termasuk seorang-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, dengan 25 lagi masih dikesan dan 53 selamat.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata mangsa terbabit dalam kejadian itu terdiri pengunjung di tiga tapak perkhemahan yang dikatakan menginap sejak Rabu lalu, selain petugas premis berkenaan.

10.16 pagi: Lapan disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi manakala 60 sudah diselamatkan.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook Korporat JBPM yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor susulan insiden jam 2.20 pagi tadi. Laporan awal menyebut seramai 90 individu berada di tapak perkhemahan itu.

10.00 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan menyebut akan meninjau kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, malam ini.

Perdana Menteri mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri lain akan turut melawat lokasi kejadian termasuk Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak/ Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali akan meninjau kawasan kejadian jam 12.30 tengah hari ini.

Reaksi mangsa yang terselamat di tempatkan di Balai Polis Ulu yam susulan kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali ditempatkan di Balai Polis Ulu Yam Bahru. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

9.15 pagi: Menurut NADMA, seramai 92 mangsa telah ditemui. Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan 8 mangsa meninggal dunia. Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan.

Anggota pasukan penyelamat di tapak operasi bencana tanah runtuh di Father Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali. - Foto ihsan Facebook Korporat JBPM
Anggota pasukan penyelamat di tapak operasi bencana tanah runtuh di Father Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali. - Foto ihsan Facebook Korporat JBPM

- Foto ihsan Facebook Korporat JBPM
- Foto ihsan Facebook Korporat JBPM

"Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.

"Hingga kini, dua mangsa disahkan meninggal dunia manakala tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui.

"Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu beberapa agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART," katanya.

Berdasarkan muat naik sama, pihak bomba memaklumkan kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father's Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.

Runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas tiga ekar.

Berita Harian X