Rabu, 14 Disember 2022 | 11:58am

Elak 'doom-scrolling', muat turun Lumi News

APLIKASI berita percuma, pantas dan boleh dipercayai, Lumi News membawakan berita penting di Malaysia dan luar negara, lebih daripada 50 media terbesar termasuk Berita Harian, Harian Metro, OhBulan!, dan banyak lagi.

Lumi News ialah satu-satunya aplikasi yang diperlukan untuk mendapatkan berita terkini dan mampu memupuk nilai membaca dalam semua lapisan masyarakat.

Bagi setiap hantaran tentang artikel berita yang dicari, pasti ada komen-komen yang tidak berfaedah oleh sesetengah pengguna laman media sosial.

Mereka yang berani bersembunyi di sebalik papan kekunci atau mungkin dengan penuh kemarahan, meninggalkan ayat-ayat yang biadap di ruangan komen.

Walau bagaimanapun, untuk setiap pengguna media sosial memberikan pendapat rasional, ada juga pihak yang memberikan pendapat tanpa prinsip masing-masing seterusnya menjadikan ruangan komen seperti ruangan pertengkaran antara satu sama lain.

Antara punca kejadian seperti ini berlaku adalah kegiatan 'doom-scrolling' oleh pengguna media sosial yang obses untuk mengakses berita buruk secara terus menerus.

Kegiatan yang sudah menjadi kebiasaan ini bertujuan mengumpulkan informasi yang kononnya memberi keputusan dengan tepat.

Untuk mengelakkan fenomena 'doom-scrolling', pengguna media sosial perlu mengurangkan 

penggunaan media sosial dalam aktiviti harian, dan perlu memilih informasi yang hendak dibaca dalam aplikasi Lumi.

Pengguna boleh mengikuti penerbit-penerbit berita dalam bahasa pilihan iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin serta boleh memilih topik yang diminati, dan menerima pemberitahuan setiap kali sesuatu topik menjadi carian popular.

Tambahan, aplikasi berita Lumi memudahkan orang ramai untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling mereka, serta boleh mengesahkan berita tular yang diperolehi melalui saluran media sosial dan rakan-rakan.

Dengan aplikasi Lumi News, setiap pengguna boleh mendapatkan notifikasi tentang berita tergempar, berkongsi artikel penting dengan mudah dan pantas kepada kawan-kawan serta keluarga, dan baca artikel mengikut topik yang dimahukan sahaja.

Image

Aplikasi Lumi News juga memberikan berita terpantas tentang World Cup dan berita tular tentang politik dari Berita Harian, Harian Metro, dan OhBulan!.

Muat turun aplikasi Lumi News secara percuma di Google PlayApple App Store  dan Huawei AppGallery dan aktifkan notifikasi untuk mendapatkan berita terkini dengan pantas dan boleh dipercayai.

Berita Harian X