Selasa, 13 Disember 2022 | 6:47pm
Menerusi Unifi Business, usahawan dapat melaksanakan pendigitalan secara tepat mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif. - FOTO Unifi Business
Menerusi Unifi Business, usahawan dapat melaksanakan pendigitalan secara tepat mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif. - FOTO Unifi Business

Unifi Business tawar pakej transformasi e-dagang PMKS menyeluruh

MENELITI keperluan semasa, usahawan disaran mengadaptasi teknologi dalam perniagaan seperti berhijrah kepada perniagaan berasaskan secara digital dan dalam talian. 

Walaupun dilihat seperti langkah mudah, ramai usahawan terutama golongan pemilik perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merasakan langkah ini sebagai suatu cabaran serta memerlukan modal yang besar. 

Menawarkan ekosistem yang menyeluruh meliputi perundingan, kesalinghubungan, penyelesaian digital dan perkhidmatan khusus, Unifi Business berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS.

Justeru, Unifi Business memperkenalkan rangkaian penyelesaian perniagaan mereka dengan fiber yang diubah suai untuk menyokong PMKS di Malaysia dalam mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka. 

Terkenal sebagai penyelesaian perniagaan yang tersusun serta dikuasakan dengan internet yang pantas dan stabil, rangkaian penyelesaian perniagaan ini merangkumi perlbagai kelajuan internet, bermula dari 100 mbps hingga 800 mbps. 

Mengulas lanjut, Ketua Sektor PKS Unifi Mohamad Yusman Ammeran berkata PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan usahawan perlu memanfaatkan kemajuan teknologi sebagai peluang untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuhan lebih mampan. 

"Menerusi Unifi Business, usahawan dapat melaksanakan pendigitalan secara tepat mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif," kata Yusman. 

Antara penyelesaian perniagaan untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti yang ditawarkan adalah seperti Unifi Cloud Storage, Unifi eCommerce Hub dan Kaspersky Small Office Security.

1.Unifi Cloud Storage

Pelan storan ini dibina dengan ciri menarik untuk memudahkan urusan perniagaan dan sesuai untuk PMKS.

Unifi Cloud Storage menawarkan kawalan penuh ke atas storan dalam talian seperti Google Drive dan OneDrive.

Hadir dengan ciri-ciri jaminan data, simpan secara setempat, berskala dan fleksibel serta penjimatan unggul, usahawan tidak perlu khuatir berkaitan dengan saiz dan fail penting yang perlu disimpan. 

Setiap fail dan maklumat penting akan disimpan di dalam Cloud dengan pelbagai lapisan perlindungan keselamatan selain semua data akan dijaga di pusat data global TM peringkat-tiga. 

Selain itu, setiap data juga akan disimpan tanpa ada masalah untuk digunakan atau diakses di mana-mana sahaja. 

Untuk butiran lanjut, sila layari https://unifi.com.my/business/CloudStorage.

2. Unifi eCommerce Hub

Unifi eCommerce Hub menawarkan pusat sehenti untuk perniagaan pelanggan untuk menguruskan pelbagai platform jualan dalam talian dengan mudah seperti Lazada dan Shopee.

Hadir dengan ciri pengedaran berpusat,  pengurusan perhubungan pelanggan sosial (CRM) dan pusat jualan berpusat (POS). 

Pakej ini dapat membantu usahawan dari segi inventori, maklumat pelanggan, selain membantu menguruskan dan memusatkan semua pertanyaan daripada media sosial ke dalam satu saluran tunggal. 

Usahawan juga akan dibimbing untuk membina laman web yang menampilkan sembang langsung, pembayaran dalam dan talian beserta penghantaran integrasi.

Untuk butiran lanjut, sila layari https://unifi.com.my/business/eCommerceHub.

3. Kaspersky Small Office Security

Pakej ini dibina untuk membantu PMKS dalam melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber. 

Kaspersky Small Office Security menggabungkan perlindungan komputer dengan keupayaan khas bagi memastikan perniagaan kekal dilindungi. 

Dengan sistem keselamatan 'set and forget', ia bukan sahaja melindungi sistem Windows, PC Mac, komputer riba dan peranti Android, tetapi termasuk melindungi fail dan dokumen berharga. 

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka dunia, Kaspersky, penyelesaian ini melindungi maklumat penting perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT. 

Kaspersky Small Office Security turut melindungi perisian tebusan lanjutan dan mengembalikan data dan maklumat perniagaan usahawan. 

Termasuk penyulitan fail dan sandaran bagi menjamin harta intelektual dan rahsia perniagaan selain transaksi pembayaran bil dan cukai dalam talian juga turut dilindungi. 

Bukan itu sahaja, pakej ini memberi perlindungan kepada peranti Android dan imbasan kelemahan terbina dalam aplikasi bagi memastikan ia selamat daripada pencerobohan. 

Untuk butiran lanjut, sila layari https://biz.unifi.com.my/business/securitysolutions

Daftar Unifi Business sekarang!

Rangkaian perniagaan Unifi Cloud Storage, Unifi eCommerce Hub, Kaspersky Small Office Security ialah tawaran baharu untuk pelanggan Unifi Biz yang tersedia sejak 18 Februari 2022.

Usahawan akan dibimbing oleh pasukan Perunding Perniagaan Unifi adalah bertauliah dan diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy – ICDL). 

Kesemua pelanggan Unifi Business akan menikmati faedah ahli melalui Unifi Business Club (uBC) termasuk akses kepada portal dalam talian (https://ubc.unifi.com.my), yang mana pemilik perniagaan boleh mendapatkan akses kepada kandungan yang bermanfaat dan memberi inspirasi termasuk webinar, rancangan bual bicara, sembang bisnes secara langsung, pelbagai acara, tips perniagaan dan artikel.

Ahli uBC juga boleh menikmati akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan. 

uBC telah menyokong lebih 380,000 perniagaan dari semua saiz dan industri dan berhasrat untuk terus memastikan kedudukannya sebagai rakan kongsi digital pilihan PMKS.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran bundle Penyelesaian Perniagaan, sila layari Unifi Business. 

Berita Harian X