KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, untuk mesyuarat pra-Kabinet .
Sesi mesyuarat pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit, bermula pada jam 4.15 petang.
Ia adalah sesi pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.
Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan.