KUALA LUMPUR: Adik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying antara muka baharu dalam barisan timbalan menteri yang diumumkan malam ini.
Pelantikan anak veteran DAP, Lim Kit Siang ke jawatan Timbalan Menteri Pendidikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hui Ying yang dilahirkan pada 1963, sebelum ini adalah Ahli Dewan Negara mewakili Pulau Pinang selepas dilantik pada 2018.
Hui Ying yang menyertai DAP pada 1999 mula berjinak dunia politik dengan lebih mendalam sejak Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2008.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Hui Ying menewaskan dua pencabarnya selepas meraih majoriti 28,754 undi di Parlimen Tanjong.