Jumaat, 9 Disember 2022 | 10:33pm
Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan

'Saya akan berpegang pada prinsip mulia'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berjanji berpegang kepada prinsip mulia dalam memberikan perkhidmatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Beliau turut berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik serta gigih berkerja demi rakyat dan negara.

"Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam #KerajaanPerpaduan

"Terima kasih #Perdana Menteri DS @anwaribrahim

dan Timbalan Perdana Menteri/Presiden #UMNO DS

@DrZahidHamidi

"Saya akan berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi #rakyat dan negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia," katanya dalam Twitternya, hari ini.

Ahmad antara 27 timbalan menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad sebelum ini pernah berkhidmat di bawah portfolio sama ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli

Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli pula memohon tunjuk ajar serta bimbingan dan doa selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

"Terima kasih YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim atas kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Mohon tunjuk ajar, bimbingan dan doa dari semua. Jumpa nanti YBM @hannahyeoh dan warga @KBSMalaysia, looking forward!" katanya di Twitter.

Berita Harian X