Jumaat, 9 Disember 2022 | 8:22pm

PM Anwar umum senarai Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan. Pelantikan Timbalan Menteri berkenaan menyusul pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.

Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok.

Berikut adalah senarai Timbalan Menteri : -

Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Seri Ahmad Maslan
- Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
- Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
- Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan
- Hasbi Habibollah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Chan Fong Chin

Timbalan Menteri Ekonomi
- Datuk Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
- Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan
- Adly Zahary

Timbalan Menteri Kerja Raya
- Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Liew Ching Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
- Datuk Seri Yusuf Apdal

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
- Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
- Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
- Datuk Sri Huang Tiong Sii

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Saraswathy Kandasami

Timbalan Menteri Luar Negeri
- Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
- Khairul Firdaus Akbar Khan

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
- Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan
- Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Adam Adli

Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Kesihatan
- Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Wilson Ugak Kumbong

Berita berkaitan:

  • Kabinet penuh Anwar Ibrahim
  • 11 'muka lama' dilantik timbalan menteri Kerajaan Perpaduan
  • 15 muka baru dilantik timbalan menteri
  • Adik tiga bekas menteri dilantik timbalan menteri
  • Adik Guan Eng dilantik Timbalan Menteri Pendidikan
  • Amirudin sambut baik barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan
  • 'Saya akan berpegang pada prinsip mulia'
  • Dua pemimpin PKR dilantik senator, barisi senarai timbalan menteri
  • Tujuh Ahli Parlimen Sabah dilantik timbalan menteri
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang media Pengumuman Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. --Foto BERNAMA
    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang media Pengumuman Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. --Foto BERNAMA
    Berita Harian X