Jumaat, 9 Disember 2022 | 1:15pm
Tan Sri Shahrir Samad (kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Shahrir Samad (kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

'Fokus isu nasional, bukan kritik kerajaan pimpinan Anwar'

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, memfokus isu nasional dan bukan mengkritik Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan sama ada Presiden BERSATU berkenaan hanya mahukan jawatan Perdana Menteri.

"Sepatutnya (Muhyiddin) jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, tak hendak. Hanya layak jawatan PM ke?

"Putrajaya lagi 'best' kot. Macam kerajaan Langkah Sheraton, Tan Sri (Muhyiddin) jadi PM. Jadi PM tanpa PRU (pilihan raya umum) dan tak perlu pada Parlimen," katanya dalam Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan media yang memetik Muhyiddin mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) melakukan 'penipuan pilihan raya paling besar' dan Jemaah Menteri 'paling mengecewakan dalam sejarah.'

Shahrir mendakwa, Muhyiddin membuat kenyataan sedemikian berikutan kekalahan teruk PN pada pilihan raya di Johor.

"Kesian (Kasihan), beginilah jadinya apabila tiada lagi butang nak ditekan di Johor. PN di Johor ada 3 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan 2 MP (Ahli Parlimen) je (saja).

"Lupakan Johor. Fokus pada nasional," katanya.

Berita Harian X