Jumaat, 9 Disember 2022 | 12:45pm
Nicolas Shi (kiri) bersama Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza (kanan), ketika pelancaran siri Xiaomi 12T di Malaysia - FOTO Xiaomi
Nicolas Shi (kiri) bersama Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza (kanan), ketika pelancaran siri Xiaomi 12T di Malaysia - FOTO Xiaomi

Xiaomi komited cipta pengalaman perkhidmatan pelanggan berkualiti

MISI menjadikan teknologi berkualiti tinggi boleh diakses oleh semua pengguna membuahkan hasil apabila Xiaomi kini diiktiraf sebagai vendor telefon pintar nombor satu Malaysia dan ketiga di dunia. 

Menurut firma penyelidikan pasaran global, Canalys, Xiaomi mendahului senarai vendor telefon pintar dengan 25 peratus jualan di Malaysia untuk suku ketiga 2022.

Sejak menembusi pasaran tempatan pada 2014, syarikat pengeluar teknologi terkemuka itu berjaya membuka 80 Kedai Sah Xiaomi, sembilan Zon Paparan Xiaomi, 157 'Kedai-dalam-Kedai' dan 747 Program Rakan Kongsi Pilihan.

Dengan rekod perniagaan yang baik di negara ini, Xiaomi komited mencipta pengalaman berkualiti buat pelanggan menerusi penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan demi meningkatkan keyakinan pengguna.

Strategi Xiaomi

Bagi memacu perniagaan ke peringkat global, Xiaomi mengetengahkan strategi terasnya iaitu 'Telefon Pintar x AIoT' yang memberikan penekanan serta tumpuan serentak pada kedua-dua elemen perniagaan iaitu telefon pintar dan AIoT.

AloT mempromosikan kesalinghubungan telefon pintar dan peranti pintar lain bagi mendorong ekosistem pintar yang membolehkan pengguna di Malaysia menikmati kehidupan lebih baik melalui kemudahan teknologi Xiaomi.

Dari segi perniagaan telefon pintar, Xiaomi bersandarkan kepada strategi 'dwi-jenama' yang memacu momentum pertumbuhan menerusi siri Xiaomi dan siri Redmi.

Siri Xiaomi menampilkan barisan telefon pintar premium pada harga berbaloi dengan teknologi arus perdana terkini untuk kegunaan berat. 

Siri Redmi pula menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya pada nisbah harga-ke-prestasi yang berpatutan bagi peranti kelas pertengahan untuk kegunaan ringan.

Inovasi teknologi Xiaomi

Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh jurutera dan pereka berkemahiran, Xiaomi mengamalkan budaya berani berinovasi demi menawarkan teknologi yang merentas sempadan.

Lebih dua tahun, Xiaomi menguasai pasaran dengan keupayaan kamera 108 megapiksel (MP) menerusi telefon pintar utama, dan hari ini, jenama itu menawarkan teknologi ini kepada segmen pengguna yang lebih luas melalui siri Redmi Note 11.

Selain itu, mendepani kemodenan melalui siri Xiaomi 12T Pro baharu, peranti ini dilengkapi sistem pengimejan 200MP pertama di Malaysia bagi kamera telefon pintar.

Ini membuktikan Xiaomi dilihat akan terus beroperasi berdasarkan DNAnya iaitu menawarkan produk nisbah harga-ke-prestasi tinggi kepada pengguna.

Kepimpinan teguh asas kejayaan

Pengarah Negara, Xiaomi Malaysia dan Singapura, Nicolas Shi - FOTO Xiaomi

Pengarah Negara, Xiaomi Malaysia dan Singapura, Nicolas Shi yang terbabit secara langsung dalam pertumbuhan syarikat sejak 2018 menyifatkan cabaran serta halangan yang dihadapi pasukannya selama ini sangat berbaloi.

"Ketika saya mula menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia, Xiaomi beralih daripada tiada kepada mencapai 25 peratus bahagian pasaran dalam masa tiga tahun sahaja," katanya

Menurut Shi, kunci kejayaan Xiaomi bergantung kepada pasukannya yang bekerja keras tanpa jemu serta peminat Xiaomi dan rakan kongsi perniagaan di Malaysia yang setia menyokong Xiaomi sejak hari pertama. 

"Kami berharap semua pihak terus menyokong kami supaya boleh membawa masuk lebih banyak produk yang menakjubkan pada harga yang telus," katanya.

Matlamat Xiaomi

Sehingga kini, Xiaomi komited menghasilkan produk yang menakjubkan dengan harga yang berpatutan bagi membolehkan semua pengguna menikmati kehidupan lebih baik melalui teknologi inovatif.

Xiaomi juga berikrar untuk mengembangkan kedai fizikalnya agar dapat menawarkan pengalaman produk ke bahagian yang lebih luas di Malaysia dan memperkenalkan teknologi yang terkini pada harga berpatutan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon pintar premium baharu Xiaomi, siri Xiaomi 12T untuk kejelasan ultra dalam 200MP, raja kelas pertengahan siri Redmi Note 11, serta rangkaian produk AIoT pintar Xiaomi.

Untuk mengetahui lebih lanjut layari laman web Xiaomi atau ikuti laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia bagi mendapatkan kemaskini terkini.

Berita Harian X