Khamis, 8 Disember 2022 | 11:37pm

Marrybrown Francais Terbaik 2022

PUTRAJAYA: Syarikat rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown) diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik 2022 pada Malam Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2022 ke-24 di sini, malam ini.

Selain itu, ia menerima Anugerah Francaisor Terbaik bersama dua jenama lain iaitu Cambridge English For Life Sdn Bhd dan Ayam Penyet Bagus Sdn Bhd.

Trofi dan sijil penghargaan disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof.

Seramai 27 pemenang membabitkan 22 kategori yang disenaraikan diiktiraf pada majlis berkenaan.

AFM 2022 adalah platform pengiktirafan tertinggi Persatuan Francais Malaysia (MFA) kepada penggiat francais di Malaysia dengan penilaian dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria penting antaranya sistem francais, jumlah pertumbuhan francaisi dan nilai jualan tahunan.

Pada masa sama, tahun ini, tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Anugerah Francais Wanita Terbaik yang diterima oleh Zaliza Alias dari Genius Aulad, Anugerah ESG Terbaik Ekosistem Francais (Tadbir Urus) dimenangi oleh Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Old Town White Coffee), manakala Anugerah Francaisor Mikro dan Mampu Milik Terbaik dimenangi oleh QC Group Sdn Bhd.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof (lima dari kiri) menyampaikan anugerah Francais Terbaik kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Marrybrown, Datin Nancy Liew sambil diperhatikan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2022 di Putrajaya. NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X