Khamis, 8 Disember 2022 | 11:31pm

MFA hargai BH pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2022

PUTRAJAYA: Berita Harian (BH) malam ini menerima dua anugerah khas media pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2022 yang diadakan di sini, malam ini.

Anugerah pertama adalah Penghargaan Khas Media Organisasi yang diterima Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman manakala Ketua Biro BH Putrajaya, Rafidah Mat Ruzki menerima Penghargaan Khas Media Individu.

Mereka membawa pulang plak dan trofi yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof.

Program berkenaan adalah platform Persatuan Francais Malaysia (MFA) menghargai kesungguhan dan komitmen penggiat francais manakala penganugerahan media berkenaan diberikan atas sokongan media terhadap industri francais negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof (lima, kiri) bergambar bersama pemenang Anugerah Francais Terbaik 2022, Pengerusi Marrybrown Datuk Lawrence Liew (tengah) serta Pengasas dan Pengarah Urusan Marrybrown Datin Nancy Liew pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2022 (MFA2022) di sebuah hotel malam ini.

Pengerusi Presiden Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan, berkata seramai 27 pemenang diiktiraf malam ini daripada 22 kategori yang disenaraikan.

Beliau berkata, penganugerahan itu merangkumi pelbagai sektor dan kategori yang berada dalam ekosistem industri francais bagi meneruskan kelangsungan industri francais negara pada masa hadapan.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof (tiga dari kiri) diiringi Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan (dua dari kanan) bergambar bersama Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga dari kanan) dan Ketua Biro BH Putrajaya, Rafidah Mat Ruzki (dua dari kiri) yang menerima anugerah Penghargaan Khas Media pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2022 di Putrajaya. NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X