Rabu, 7 Disember 2022 | 11:24am

SPR sasar 60 hingga 75 peratus keluar mengundi di Padang Serai dan Tioman

KULIM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap dapat mencapai di antara 60 hingga 75 peratus pengundi keluar mengundi pada pengundian pilihan raya Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, yang berlangsung hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, menyifatkan sasaran itu sebagai munasabah berikutan pengundian berlangsung pada hari bekerja.

"Kita mengharapkan kerjasama semua majikan untuk membenarkan pekerja masing-masing keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari ini," katanya.

Empat beradik (dari kiri) Muhammad Amirullah Hud, 31, Muhammad Amarullah Hud, 30, Muhammad Akhbarullah Hud, 23, dan Muhammad Akromallah Hud, 21, menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, hari ini. - Foto Bernama

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika meninjau proses pengundian yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah.

Abdul Ghani berkata, jumlah pengundi yang keluar pada sejam pertama adalah kira-kira sembilan peratus selepas pusat mengundi dibuka jam 8 pagi tadi.

Parlimen Padang Serai mempunyai 132,955 pengundi, manakala DUN Tioman mempunyai 28,108 pengundi.

Sebanyak 46 pusat mengundi dibuka di Parlimen Padang Sernai membabitkan 230 saluran mengundi, manakala DUN Tioman mempunyai 17 pusat mengundi dengan 52 saluran pengundian.

Pengundian bagi dua kerusi terbabit tidak dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu kerana kematian seorang calon yang bertanding di setiap kerusi terbabit sebelum hari mengundi.

Sebahagian pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Sekolah Bukit Selarong, Padang Serai. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Sebahagian pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Sekolah Bukit Selarong, Padang Serai. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Di Padang Serai, calon PH, M Karupaiya, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 November, manakala calon PN bagi DUN Tioman, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi 19 November.

Parlimen Padang menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) and Hamzah Abd Rahman (PEJUANG).

Dua lagi calon adalah Mohd Bakhri Hashim, mewakili WARISAN, dan calon BEBAS, Sreanandha Rao.

Bagaimanapun pada 2 Disember lalu, calon BN bersetuju memberi laluan dan sokongan kepada wakil PH dalam saingan di Padang Serai.

Sementara itu, di DUn Tioman yang menyaksikan saingan lima penjuru, membabitkan calon PN, Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (BEBAS).

Sebahagian pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Sekolah Bukit Selarong, Padang Serai. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Sebahagian pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Sekolah Bukit Selarong, Padang Serai. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Seorang lagi calon, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) bersetuju memberi laluan kepada calon BN yang juga penyandang tiga penggal kerusi itu mempertahankan kawasan terbabit, tetapi nama Mohd Fadzli masih kekal di atas kertas pengundian.

Berdasarkan peratusan SPR, tindakan menarik diri selepas penamaan calon disahkan, tidak akan mengubah kedudukan nama mereka di atas kertas undi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah Kulim, di sini, hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah Kulim, di sini, hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman
Berita Harian X