Selasa, 6 Disember 2022 | 3:54pm
 Kedatangan fadhlina ke SK Semenyih sudah diketahui guru lebih awal. Foto FB SK Semenyih

'Kejutan tak menjadi, kehadiran saya sudah dihidu awal'

KUALA LUMPUR: Kejutan tidak menjadi! Itu yang dialami Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila kedatangan beliau secara mengejut ke sekolah lamanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih, Selangor, hari ini, diketahui lebih awal oleh pihak sekolah.

Melalui Twitternya, Fadhlina menyifatkan kehadiran itu sebagai mengenang kembali jasa semua guru di sekolah itu yang mendidiknya.

"Kejutan saya tidak menjadi. Guru-guru lebih cekap menghidu kehadiran saya.

Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek

"Saya memulakan pendidikan rendah di SK Semenyih. Ibarat sirih pulang ke gagang, saya kembali kali ini dengan rasa rendah jiwa mengenang jasa semua guru yang mendidik saya," katanya.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR, dipilih Menteri Pendidikan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat lalu.

Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek
Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mengangkat sumpah jawatan, Sabtu lalu dan memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu, semalam.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, turut mengambil pendekatan menyamar sebagai penumpang biasa untuk merasai sendiri pengalaman menaiki transit aliran ringan (LRT) pada waktu puncak.

Dengan memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam, Loke meninjau situasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dengan menaiki pengangkutan itu selama dua jam.

Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek
Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek

Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek
Fadhlina hadir melawat ke sekolah lamanya di SK Semenyih, Selangor. - Foto Twitter Fadhlina Sidek

Berita Harian X