Isnin, 5 Disember 2022 | 3:14pm
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Daerah Sentul, Kuala Lumpur bagi memberi keterangan. - NSTP/Azhar Ramli
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Daerah Sentul, Kuala Lumpur bagi memberi keterangan. - NSTP/Azhar Ramli

Hadi Awang dirakam keterangan di IPD Sentul

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini bagi memberi keterangan kepada polis sebentar tadi susulan beberapa laporan terhadapnya sebelum ini.

Abdul Hadi, 75, tiba di perkarangan IPD Sentul dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih pada jam 2.57 petang ditemani beberapa pembantu.

Beliau sempat melambai ke arah pengamal media yang menunggu di sini sebaik turun daripada kenderaannya di perkarangan IPD Sentul.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi diminta hadir ke IPD Sentul untuk dirakam keterangan ekoran beberapa laporan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.

Hadi sebelum ini dikatakan mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu 'tidak bermoral'.

Ada pihak menyifatkan kenyataan beliau itu berbaur hasutan dan boleh mengancam perpaduan negara.

Berita Harian X