Sabtu, 3 Disember 2022 | 6:04pm
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengangkat sumpah jawatan Timbalan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara, hari ini. - BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama anggota Jemaah Menteri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini.

Anggota Kabinet lantikan Anwar angkat sumpah jawatan menteri

KUALA LUMPUR: Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis itu bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Kesemua anggota Jemaah Menteri melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menteri-menteri itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu malam tadi oleh Anwar yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan.

Pada majlis itu, menteri-menteri dibahagikan kepada enam kumpulan dengan kumpulan pertama dimulakan oleh dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO turut dilantik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadillah yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menggalas tanggungjawab Menteri Perladangan dan Komoditi.

Kumpulan kedua terdiri daripada lima menteri, iaitu Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang kembali memegang porfolio Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan).

Turut berada dalam kumpulan itu Ahli Parlimen pertama kali dilantik ke Kabinet, iaitu Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi); Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) dan Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan).

(Dari kanan) Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan) dan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Kumpulan ketiga diketuai Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), diikuti Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya); Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi) dan anggota Kabinet muka baharu, Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi).

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dari kanan), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Chang Lih Kang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara. - BERNAMA

Kumpulan seterusnya terdiri daripada Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) yang masing-masing kali pertama menyertai Kabinet, kemudian mengambil giliran.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (duduk dari kanan); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menandatangani Surat Cara Pelantikan selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - BERNAMA

Kumpulan kelima terdiri daripada Senator Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Luar Negeri; Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi Digital).

Ahli Parlimen Nibong, Tebal Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Anak Dagang (Menteri Perpaduan Negara) turut mengangkat sumpah jawatan.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (duduk dari kanan); Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Anak Dagang menandatangani Surat Cara Pelantikan. - BERNAMA

Kumpulan terakhir mengangkat sumpah jawatan, Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sebagai Menteri Agama; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan (Menteri Belia dan Sukan) serta Ahli Parlimen Batu Gajah, VN Sivakumar (Menteri Sumber Manusia).

Turut serta dalam kumpulan itu, Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Sabah dan Sarawak).

Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (dari kanan); Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan; Ahli Parlimen Batu Gajah, VN Sivakumar; Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - BERNAMA

Jemaah menteri Kerajaan Perpaduan dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Isnin ini di Putrajaya untuk penetapan peraturan-peraturan baharu dalam pertadbiran sebelum memulakan tugas secara rasmi di kementerian masing-masing. - BERNAMA

Berita Harian X