KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.
Azalina pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Hannah juga pernah menjawat jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.