Khamis, 1 Disember 2022 | 10:57am
Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan keseluruhan RM45,000 untuk bantuan sekali bayar kepada pegawal keselamatan di negeri itu. - NSTP/Foto hiasan
Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan keseluruhan RM45,000 untuk bantuan sekali bayar kepada pegawal keselamatan di negeri itu. - NSTP/Foto hiasan

Pengawal keselamatan di Terengganu dapat RM150

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan keseluruhan RM450,000 untuk bantuan sekali bayar kepada pegawal keselamatan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, berkata setiap pengawal keselamatan swasta yang berdaftar akan menerima bantuan RM150 seorang.

Katanya, bantuan itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pengawal keselamatan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat. - NSTP/ARKIB
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat. - NSTP/ARKIB

"Bantuan ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada golongan berkenaan," katanya ketika ditemui di ruang legar Dewan Undangan negeri (DUN), di sini, hari ini.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, berkata kerajaan juga meluluskan bantuan sekali bayar kira-kira RM51 juta kepada ketua isi rumah (KIR) sebagai persiapan menyambut perayaan utama.

Katanya, setiap KIR membabitkan semua kaum di negeri ini akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM300.

"Kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk bantuan sekali bayar kepada golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). Mereka akan menerima RM200 setiap seorang," katanya.

Berita Harian X