Rabu, 30 November 2022 | 6:35pm
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 bagi Penggal Pertama Hari Ke-7. NSTP/Nadim Bokhari
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 bagi Penggal Pertama Hari Ke-7. NSTP/Nadim Bokhari

Sarawak raih anugerah reka bentuk digital antarabangsa

KUCHING: Projek iSarawakCare, platform digital yang memudahkan akses kepada pengurusan, insentif, bantuan kebajikan dan perkhidmatan sosial menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Reka Bentuk London 2022.

Platform digital yang dihasilkan bersama oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (SSMU) dan SOCOE Sdn Bhd itu meraih anugerah bagi kategori Perkhidmatan Digital Kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata anugerah itu akan diterima pada majlis di London pada 6 Disember ini.

"Penyertaan pada anugerah itu dihantar pada Julai lalu dan reka bentuk data iSarawakCare berjaya menarik perhatian tiga juri.

"Pencapaian ini sesuatu yang amat membanggakan Sarawak kerana kita yang pertama dari Malaysia berjaya memenanginya," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Fatimah berkata, dengan pengiktirafan itu, ISarawakCare sebaris dengan jenama besar dunia.

Katanya, antara pemenang Anugerah Reka Bentuk London sebelum ini ialah IBM, Sony Pictures, Jabatan Kehakiman Kerajaan Sydney, Vodafone dan Spotify.

Berita Harian X