Isnin, 28 November 2022 | 2:11pm
Mercedes-Maybach S 600 Guard.
Mercedes-Maybach S 600 Guard.

Harga Mercedes S600 cecah RM2.3 juta

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak penggunaan kereta jenis Mercedes-Benz S600 untuk kegunaan harian.

Perdana Menteri sebaliknya mahu menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Keputusan itu diambil kerana Anwar tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Difahamkan, ia merujuk kepada model Mercedes-Benz S600 versi Limo.

Model berkenaan telah dicadangkan sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diluluskan ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikut adalah beberapa model dan spesifikasi keluaran Mercedes-Benz yang mungkin merujuk kepada model terbabit:

Mercedes-Maybach S500 memiliki platform sama dengan S600, cuma yang membezakan adalah enjin dan beberapa spesifikasi.
Mercedes-Maybach S500 memiliki platform sama dengan S600, cuma yang membezakan adalah enjin dan beberapa spesifikasi.

1. Mercedes-Benz S 600

  • Enjin 6.0 liter biturbo V12
  • Menghasilkan 530 kuasa kuda (hp) dan tork 830 Nm
  • Transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus
  • Harga lebih RM1.3 juta

2. Mercedes-Maybach S 600 Guard

  • Enjin 6.0 litre V12 biturbo
  • Menghasilkan 530 hp dan tork 830 Nm
  • Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat
  • Tahap perlindungan balistik atau kalis peluru tertinggi VR10
  • Harga RM2.3 juta

Ruang dalam Mercedes-Maybach S 600 Guard.
Ruang dalam Mercedes-Maybach S 600 Guard.

Mercedes-Maybach S 600 Pullman Guard.
Mercedes-Maybach S 600 Pullman Guard.

Berita Harian X