Ahad, 27 November 2022 | 6:24pm
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor di Putajaya, hari ini. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor di Putajaya, hari ini. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Perdana Menteri terima kunjungan GRS

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menerima kunjungan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Kunjungan itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri menerima lawatan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kajang, Selangor, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Anwar memaklumkan, Hajiji dan delegasi GRS berkunjung di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

"Hajiji dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya.

"Saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan terbabit, demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah," katanya.

GRS dianggotai BERSATU, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir Sabah.

Jumaat lalu, BH melaporkan keputusan GRS menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, dibuat demi kebaikan Sabah dengan Hajiji memaklumkan hasrat berhubungan sokongan itu disampaikan, pada Khamis lalu.

Kerajaan Perpaduan yang terbentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama, iaitu Pakatan Harapan (PH), BN, GPS dan GRS.

Anwar bersama Ahli Parlimen GRS di Putrajaya. Turut kelihatan Hajiji. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Anwar bersama Ahli Parlimen GRS di Putrajaya. Turut kelihatan Hajiji. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Berita Harian X