Ahad, 27 November 2022 | 5:16pm
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah). - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah). - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Kerajaan BN-PH di Pahang

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan pembentukan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, esok.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Foto NSTP
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Foto NSTP

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata demikian petang ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 kerusi dan PH (lapan).

Tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengundian DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini kerana kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lalu, dipercayai akibat serangan jantung.

Kerajaan BN-PH di Pahang. - Foto hiasan
Kerajaan BN-PH di Pahang. - Foto hiasan

Berita Harian X