PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, sehari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semalam.
Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira jam 1 tengah hari diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk 'Nasihat Buat Pemimpin Khalif Umar Abdul Aziz Contoh Teladan'.
Ketika keluar masjid, beliau bersalaman dengan jemaah.
Anwar pagi tadi memulakan tugas di Kompleks Perdana Putra.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.