Khamis, 24 November 2022 | 8:41pm
Al-Sultan Abdullah (dua, kiri) dan Tunku Azizah (dua, kanan) bergambar bersama Anwar dan Dr Wan Azizah selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Bagaimana Anwar dapat sokongan 117 ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan sekurang-kurangnya 117 ahli Parlimen yang memberikannya legitimasi menjadi Perdana Menteri ke-10.

Kiraan majoriti sokongan itu dicapai sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2 petang semalam.

Perkenan lanjutan itu sekali gus memberikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tambahan sekurang-kurangnya 24 jam untuk mempersembahkan jumlah sokongan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, selain 83 ahli Parlimennya sendiri, PH mendapat sokongan 28 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN). Dua berkecuali, tidak menyokong PH atau PN.

Seorang daripada mereka ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam lima pemimpin tertinggi UMNO .

Satu-satunya ahli Parlimen Parti Bangsa Malaysia (PBM) menambah satu undi dalam perebutan sokongan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara. - Foto BERNAMA

LAGI GAMBAR

Sementara itu, New Straits Times difahamkan dua ahli Parlimen Sarawak memberikan sokongan mereka kepada PH sejak Selasa lalu.

Mereka bertanding di bawah tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Terdahulu Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Openg mengumumkan menyertai kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar.

Katanya, gabungan itu 'akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan dengan mematuhi titah Yang Dipertuan Agong'.

epa10324392 Malaysia's newly appointed Prime Minister Anwar Ibrahim signs documents after taking the oath during the swearing-in ceremony at the Istana Negara (National Palace) in Kuala Lumpur, Malaysia, 24 November 2022. Malaysia’s Pakatan Harapan (PH) party leader Anwar Ibrahim is sworn in as Malaysia’s 10th prime minister, five days after the 15th general election result in a hung parliament with no clear winner. EPA/MOHD RASFAN / POOL

Beliau berkata, menjadi hak Anwar untuk membentuk kerajaan.

Sejurus sebelum Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media untuk mempersoalkan jumlah sokongan Anwar.

Bekas Perdana Menteri itu meminta Anwar membuktikan memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen, selain mempersoalkan lanjutan tarikh akhir, yang sepatutnya berakhir jam 2 petang 21 Oktober (Isnin).

Isnin lalu, Muhyiddin menyatakan beliau sudah menyerahkan akuan berkanun (SD) daripada 115 Ahli Parlimen kepada istana.

Dilaporkan pada Selasa, sejurus sebelum masa tambahan yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agong tamat, pemimpin BN menarik balik SD mereka.

Jumlah sokongan yang sepatutnya membawa PN ke Putrajaya sepatutnya diperoleh daripada BN, GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Profil Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Profil Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10

Berita Harian X