KUALA LUMPUR: Maxis, melalui kempen 5G Device Sale, melancarkan tawaran menarik pada rangkaian terluas peranti 5G dengan hanya RM49.
Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan bermula 4 November lalu, rakyat Malaysia dapat menikmati tawaran itu dengan pelan Maxis Postpaid 98 dan 128, serta 40GB internet percuma dengan melanggan pelan Hotlink Postpaid 60.
Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat, berkata Maxis teruja untuk membawa jualan peranti 5G kepada seluruh masyarakat di Malaysia.
"Ini adalah peluang menarik untuk pelanggan mendapatkan peranti 5G terkini pada harga berpatutan sebelum menikmati perkhidmatan terbaik Maxis 5G.
"Pelanggan baharu dan sedia ada boleh memilih daripada rangkaian telefon pintar serta peranti rumah terkini, yang disertakan dengan pelan pascabayar dan fiber kami.
"Matlamat kami sentiasa membolehkan pemilikan mudah dan akses lebih besar untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin digital," katanya.
Sementara itu, pelanggan sedia ada dan baharu yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fiber 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat TV pintar Samsung 65''.
Antara inisiatif lebih menarik ialah peluang menakjubkan untuk menikmati acara sukan global.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai 5G Device Sale dan pelan yang ditawarkan di www.maxis.com.my.