Khamis, 24 November 2022 | 1:16pm

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu tamat

KUALA LUMPUR: Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu, bagi membincangkan kemelut politik tanah air, berakhir tengah hari tadi.

Sumber Istana Negara, perbincangan di antara lapan Raja-Raja Melayu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perbincangan khas itu berlangsung kira-kira sejam mulai jam 11 pagi, sejurus ketibaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba di Istana Negara di sini, pada jam 10.58 pagi.

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ini bagaimanapun tidak dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V, manakala Pahang dan Perlis diwakili Pemangku Raja masing-masing.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, adalah yang terawal meninggalkan Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.

 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, meninggalkan Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, meninggalkan Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.
Berita Harian X