Khamis, 24 November 2022 | 11:16am

Saingan 6 penjuru di Padang Serai

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Calon yang bertanding dari kiri Dr Mohamad Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Sreananda Rao (Bebas), dan tidak hadir ialah Mohd Bakhri Hashim (Warisan) di Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Padang Serai di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim. NSTP/DANIAL SAAD

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin (kanan) tiba di
Calon PN, Datuk Azman Nasrudin (kanan) tiba di
Berita Harian X