Selasa, 22 November 2022 | 4:41pm

Muhyiddin, Anwar tiba Istana Negara

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat memasuki pintu dua di Istana Negara, pada jam 4.08 petang.

Tiga minit kemudian kenderaan membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pintu sama.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. - Foto NSTP

Mereka dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. - Foto Aizuddin Saad

Berita Harian X