KUALA LUMPUR: Selesai pelantikan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan kini terarah kepada urusan pentadbiran negara menerusi kerajaan perpaduan yang diterajuinya, termasuk pembentukan Kabinet.
Berita Harian membawa secara langsung berita terkini serta perkembangan semasa yang berkaitan.
JUMAAT, 25 NOVEMBER
4.15 petang: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dari Perlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri hari ini.
2.14 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab ucapan tahniah daripada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di laman Twitternya.
Thank you PM @leehsienloong for the telephone call and warm wishes. As close neighbours and partners in ASEAN, Malaysia and Singapore also share many commonalities, intertwined history and very close and active people-to-people connections. (1/2) https://t.co/fj5rMbQL7j
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2022
2 petang: Umat Islam diingatkan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan hati terbuka kerana pemerintahan sesebuah kerajaan berlaku dengan izin Allah SWT - Khutbah Jumaat
1 tengah hari: Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, sehari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semalam.
Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira jam 1 petang diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
12.20 tengah hari: Dalam kesibukan jadual hari pertamanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa untuk singgah makan tengah hari di Medan Selera Presint 8, di Putrajaya.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di Medan Selera Presint 8, di Putrajaya untuk makan tengah hari dan beramah mesra dengan orang ramai sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra.
Anwar keluar lunch di Foodcourt Presint 8, Putrajaya.
Biryani kambeng kau tapi nasi sikit jer! pic.twitter.com/LBsMsJKRbX— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) November 25, 2022
12.30 tengah hari: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, dan pada masa sama menegaskan gabungan parti politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.
12.00 tengah hari:
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keutamaan pentadbirannya kini adalah berhubung isu kos sara hidup khususnya berkaitan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat kini.
- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, atas dasar itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan kadar segera dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membincangkan berhubung hal berkenaan.
- GRS secara rasmi akan sertai Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
- PM Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan pimpinannya sudah mencapai dua pertiga di Parlimen menerusi penyertaan GPS dan GRS
- PM Anwar sedang bincang kecilkan saiz dan kurangkan gaji anggota Kabinet
11.30 pagi: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada majlis di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.
11.15 pagi: Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri yang baru.Ucapan itu menerusi satu ciapan ringkas hari ini.
"Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia yang kesepuluh. "Selamat maju jaya," katanya.
Saya ucap tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Selamat maju jaya.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 November 2022— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 25, 2022
10.22 pagi: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.
Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri
9.52 pagi: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.Beliau tiba di sini, kira-kira jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya di Aras 5, Perdana Putra, Putrajaya.
Mohd Ashraf Shafiq | BERNAMA pic.twitter.com/ggIuMQB5cD— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.
Beliau tiba di sini, kira-kira jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis. pic.twitter.com/GRGmXd0u4U— Berita Harian (@bharianmy) November 25, 2022
9.43 pagi: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada petugas media sejurus keluar dari kediaman beliau menuju ke bangunan Perdana Putra Putrajaya untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 ketika tinjauan di Bandar Sungai Long, Kajang.
9.28 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim keluar dari kediamannya sambil melambai tangan kepada media menuju ke bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi hari ini.
Natasha Ismail | BERNAMA pic.twitter.com/o03w7632v6— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022
8.33 pagi: Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Thank you PM @narendramodi. India is an important partner for Malaysia. I'm looking forward to working closely with you to strengthen ties and cooperation in various areas including trade, investment and culture. https://t.co/XDQSux73sp
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2022
8.30 pagi: Sepanjang malam tadi, pemimpin-pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Antaranya Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken dalam ucapannya pula berkata dia teruja untuk hubungan yang lebih erat dengan Malaysia, berdasarkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang yang dikongsi bersama.
"Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan Malaysia ke arah wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, berhubung, makmur, selamat dan berdaya tahan," katanya.
Pemimpin Buddha, Dalai Lama berkata dia juga telah mengirimkan surat ucapan tahniah kepada Anwar.
"Ini adalah era yang sangat mencabar. Harapan saya adalah agar Malaysia terus makmur dan memberi sumbangan signifikan terhadap kestabilan dan keamanan di dunia yang kian saling berhubung.
"Saya doakan anda berjaya mendepani cabaran yang menunggu di depan dalam memenuhi harapan dan aspirasi rakyat Malaysia," kata Dalai Lama.
Pelawak Amerika Syarikat yang berasal dari Johor, Ronny Chieng pula berkongsi berita itu dengan emoji di Twitter.
8.16 pagi: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memasuki perkarangan Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
8.00 pagi: Pengamal media mula berkumpul menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pintu masuk Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Beberapa jiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long teruja menunggu pergerakan hari pertamanya ke pejabat pagi ini.
Mereka berkumpul seawal jam 7 pagi bagi menantikan Anwar keluar pada hari pertama melakukan tugas rasmi.
KHAMIS, 24 NOVEMBER
#BHnasional Sokongan jadikan Anwar PM ke-10, angkat sumpah petang tadihttps://t.co/FLJROHG7TF
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
9.37 malam: Anwar umum jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada masing-masing Ahli Parlimen BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
9.33 malam: Anwar pilih menolak gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini.
9.28 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak Perikatan Nasional (PN) menyertai Kerajaan Perpaduan Nasional bagi mendukung kerajaan yang kukuh dan stabil sekarang.
9.27 malam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin 28 November ini sebagai cuti umum
9.25 malam: KAJANG: Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk hari ini sudah membabitkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, tiga gabungan itu ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Saya tetap bersedia menerima semua yang lain. Saya menunggu kesediaan rakan-rakan termasuk Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan Pengerusi PN peringkat awal tidak memberangsangkan," katanya pada sidang media malam ini.
9.20 malam: Dewan Rakyat akan bersidang pada 19 Disember ini untuk dapatkan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
9.00 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sidang akhbar pertamanya
8.40 malam: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ketua negara pertama menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah atas perlantikannya.
Anwar berkata beliau menegaskan Indonesia adalah sahabat sejati Malaysia dan mengharapkan hubungan dagang, perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat ditingkatkan.
"Persahabatan kedua-duanya (negara) mesti diperkukuh," katanya.
Pengamal media sedang menantikan sidang media pertama oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long Club House, Kajang yang dijangka berlangsung pada 8 malam ini.
Hafzi Mohamed | BERNAMA pic.twitter.com/KGsiWUF4jR— BERNAMA (@bernamadotcom) November 24, 2022
8 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media pertama sebagai Perdana Menteri di Sungai Long Club House
#BHNASIONAL #PRU15 "Setinggi tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan ini" - Ismail Sabrihttps://t.co/ZE6bn55lHl
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
7.05 malam: MCA berharap kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu, dapat menghapuskan politik bersifat hasad dengki dan mengelak berlaku sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong, berkata masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dengan kepelbagaian masyarakat majmuk.
5.20 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Istana Negara
GALERI FOTO DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENGANGKAT SUMPAH
5 petang: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat akaun bersumpah yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Katanya, kenyataan Istana Negara berhubung perlantikan itu tidak ada sebarang kaitan dengan pembentukan kerajaan perpaduan.
LANGSUNG Istiadat Angkat Sumpah PM ke-10https://t.co/Wdr8PTwT9t
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
4.32 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan memasuki pintu utama Istana Negara, Sempena Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
4.30 petang: Datuk Seri Shahidan Kassim tiba di pejabat Perikatan Nasional di Publika, untuk menghadiri sidang media PN yang dijadualkan berlangsung sebentar lagi.
4.10 petang: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, memasuki pintu utama Istana Negara diiringi kawalan polis dan sebuah kenderaan lain.
4 petang: Kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kediamannya jam 4 petang tadi. Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu dilihat lengkap memakai baju melayu warna hitam lengkap bersongkok dan bersampin itu turut diiringi oleh polis pengiring untuk ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kenderaan pengiring membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di hadapan kediamannya untuk membawa beliau ke Istana Negara. pic.twitter.com/FxlUqnhjA1
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) November 24, 2022
3.50 petang: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meminta semua rakyat menerima proses demokrasi berhubung pelantikan PM10. Ini bagi memastikan keselamatan dan keamanan kekal terpelihara.PDRM tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan sebarang cubaan yang mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
3.25 petang: Polis Daerah Brickfields meminta mana-mana penyokong parti politik untuk tidak melakukan sebarang provokasi sempena istiadat pelantikan Perdana Menteri ke-10 (PM10) jam 5 petang ini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi atau menimbulkan sebarang isu membabitkan agama dan perkauman.
3.20 petang: Rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tumpuan media dan orang ramai sejurus pengumumannya sebagai Perdana Menteri ke-10.
Laungan reformasi bergema di pejabat Anwar
1.53 tengah hari: Laungan reformasi bergema di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya selepas Istana Negara mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10. Beberapa pimpinan PKR yang berada di pejabat itu sejak beberapa jam lalu dilihat berpelukan dan meraikan berita berkenaan dengan melaungkan reformasi, yang menjadi slogan keramat Anwar sejak lebih 20 tahun lalu.
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10
- Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
- lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual 5 petang ini di lstana Negara - Istana Negara
- Agong berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai proses pelantikan perdana menteri baharu pagi ini - Istana Negara
- Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM10 akan dibuat di Istana Negara jam 5 petang ini
- Agong titah rakyat agar terus bertenang dan mendoakan negara sentiasa diberkati, dirahmati, dijauhi bencana dan musibah - Istana Negara
- Agong titah rakyat agar terus bertenang dan mendoakan negara sentiasa diberkati, dirahmati, dijauhi bencana dan musibah - Istana Negara
- Agong ingatkan Ahli Dewan Rakyat untuk pamer solidariti, beri keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat - Istana Negara
24 NOVEMBER 2022 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA pic.twitter.com/cuQzbSxq9A
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
1.50 tengah hari: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan rakyat Malaysia dan penyokong Pakatan Harapan terutamanya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan untuk mengelak risiko provokasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10.
1.10 petang: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Datuk Johari Abdul tiba di kediaman Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berasingan.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Melayu ditangguhkan
1 tengah hari: Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu ditangguhkan. Kecuali Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu masing-masing berangkat pulang. Difahamkan keputusan berkaitan siapa bakal perdana menteri sudah dibuat dan kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
PN pertimbang kerajaan perpaduan dengan 'parti sehaluan'
12.50 tengah hari: Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. - Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Ringgit terus mencatatkan aliran positif berbanding dolar AS hari ini, meningkat kepada paras 4.55 berikutan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS yang kurang agresif, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan naik 195 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.5530/5600 berbanding dolar AS daripada 4.5725/5775 pada Rabu.
Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November apabila para pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan wajar tidak lama lagi.
Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 13.55 mata kepada 1,457.05 daripada 1,443.5 pada Rabu.
'Lawan tetap lawan' - Ahli UMNO berhimpun sokong Zahid
12.15 tengah hari: Kira-kira 50 ahli UMNO mengadakan himpunan di depan ibu pejabat parti itu bagi menyuarakan sokongan kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi.
Himpunan itu sebagai reaksi kepada desakan dari parti komponen BN agar dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN.
Pemimpin DAP Anthony Loke dan Guan Eng mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak
12 tengah hari: DAP mengadakan kunjungan hormat bertemu pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan beliau membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di kediamannya di Kuching, Sarawak, yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
"Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili DAP memohon maaf secara terbuka.,'" kata Loke.
Sultan Johor, Yang Dipertuan Besar N Sembilan tinggalkan Istana Negara
11.58 pagi: Kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat berangkat pulang selepas menghadiri perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan di Istana Negara.
11.58 pagi: Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat pulang selepas menghadiri perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan di Istana Negara.
11.40 pagi: Selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Sarawak pada pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, di sini pagi tadi, seorang lagi pemimpin kanan parti itu mengambil langkah sama.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guang Eng dalam hantaran di akaun Facebook hari ini memohon maaf kepada Abang Johari dan kerajaan Sarawak atas tegurannya yang mungkin menyinggung perasaan. Ahli Parlimen Bagan itu berkata masa depan negara lebih penting ketika ini.
GRS akur apa saja titah Agong untuk wujudkan kerajaan perpaduan
11.35 pagi: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur terhadap apa jua keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah termasuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat - Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor
11.35 pagi: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akur dengan keputusan dibuat kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara - Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup
11.35 pagi: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terbuka untuk menyokong pembentukan Kerajaan perpaduan. Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata parti itu menyifatkan cara terbabit ialah jalan terbabit menyelesaikan kemelut pelantikan perdana menteri, ketika ini.
11.30 pagi: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kepada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kerajaan Sarawak, hari ini.
11.10 pagi: Semua Raja-Raja Melayu kecuali Sultan Kelantan, hadir ke Istana Negara, bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, hari ini.
11 pagi: Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November apabila pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan wajar tidak lama lagi.
11.05 pagi: PRU15: Parlimen Padang Serai saksikan saingan enam penjuru antara calon PN, BN, Pejuang, PH, Bebas dan Warisan - Pegawai Pengurus Pilihan Raya
10.56 pagi: PRU15: DUN Tioman saksi pertembungan lima penjuru antara BN, PN, PH, Pejuang dan Bebas - Pegawai Pengurus Pilihan Raya
10.22 pagi: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hadir ke pertemuan Majlis Raja-Raja, di Istana Negara hari ini. Baginda tiba pada jam 10.22 pagi selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tiba pada jam 9.40 pagi.
Kesemua Raja-Raja Melayu akan menghadiri Pertemuan Khas, Majlis Raja-Raja di Istana Negara, bagi membincangkan kemelut pemilihan PM10.
Kenderaan yang membawa Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba menghadiri perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara. - NSTP/Aizuddin Saad pic.twitter.com/lf0FYzonGo
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
10.20 pagi: Kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di lihat memasuki kawasan kediaman pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut dilihat memasuki kawasan tersebut, kenderaan milik Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, bekas ahli parlimen Alor Gajah, Melaka.
10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai mengumumkan proses penamaan calon ditutup
Suasana ketika proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Parlimen Padang Serai di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim pagi ini. - Video NSTP/Danial Saad#PRU15 #PadangSerai pic.twitter.com/N557apIaQ9
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
9.40 pagi: Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang pertama tiba di Istana Negara, pagi ini. Kesemua Raja-Raja Melayu akan menghadiri Pertemuan Khas, Majlis Raja-Raja di Istana Negara, bagi membincangkan kemelut politik tanah air.
Calon Perikatan Nasional (PN), Azman Nasrudin tiba di pusat penamaan calon Parlimen Padang Serai pada jam 9.05 pagi ini diiringi Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor #PRU15 #PadangSerai pic.twitter.com/rv6kBGZ8A9
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
Calon Pejuang, Hamzah Abd Rahman tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Padang Serai di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim. - NSTP/Danial Saad#PRU15 #PadangSerai pic.twitter.com/9fQmppCL0t
— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
Calon Bebas, Ananda AK yang terawal sampai di
Pusat Penamaan Calon Parlimen Padang Serai di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim. - NSTP/Danial Saad#PRU15 #PadangSerai pic.twitter.com/egX2cEP1Fy— Berita Harian (@bharianmy) November 24, 2022
9 pagi: PRU15: Pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman dibuka
1.49 pagi: UMNO memuktamadkan keputusan menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).
1.12 pagi: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.
RABU, 23 NOVEMBER
11.04 malam: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan peguam, Dr Mohamad Sofee Razak, 47, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
10.43 malam: MCA diminta supaya `mencermin diri sendiri' terlebih dahulu sebelum meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata gesaan MCA supaya Ahmad Zahid berundur adalah tidak berasas, selain tidak wajar berdasarkan kedudukan parti itu sekarang.
9.38 malam: Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil lantang mendesak Barisan Nasional (BN) dibubarkan susulan prestasi parti komponen, terutama MCA dan MIC yang didakwa tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
MCA, MIC, PBRS kemuka usul undi tidak percaya terhadap Zahid
8 malam: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu akan membincangkan agenda menyingkirkan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
6 petang: Pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel St Regis di sini, dipercayai berhubung isu pembentukan kerajaan berlangsung selama kira-kira dua jam.
Mesyuarat yang bermula pada jam 3 petang itu antaranya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan; Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.
5 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Hotel St Regis, selepas dipercayai menghadiri mesyuarat antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
3.25 petang: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
3.09 petang: Kenderaan dinaiki Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin keluar dari perkarangan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin
3.04 petang: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
3 petang: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
2.57 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
2.57 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Hotel St Regis, Kuala Lumpur pic.twitter.com/rzJAecrblR
— Berita Harian (@bharianmy) November 23, 2022
2.05 petang: Kenderaan membawa Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memasuki perkarangan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara
1.55 tengah hari: Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan satu kenyataan media tular mengenai peletakan jawatannya.
Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebooknya yang menyertakan sekali kenyataan palsu itu, hari ini, memohon supaya jangan dikeruhkan lagi keadaan.
1.53 tengah hari: KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA
23 NOVEMBER 2022 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA pic.twitter.com/nVkKt07faI
— Berita Harian (@bharianmy) November 23, 2022
1.40 tengah hari: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing
1 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu esok berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang.
Sesi menghadap antara beberapa pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selesai setakat tengah hari ini.
#BHnasional Tiada kelibat 30 Ahli Parlimen BN di Istana Negara kecuali Zahid, Tok Mat https://t.co/AcRejMw0cp
— Berita Harian (@bharianmy) November 23, 2022
11.58 pagi: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan rumahnya di Bukit Damansara
11.56 pagi: Empat wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing, keluar dari Istana Negara.
11.23 pagi: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, keluar dari Istana Negara.
11.22 pagi: Kenderaan membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari kediamannya di Sungai Long, Kajang. Beliau dengan nada berseloroh menjawab 'mahu menonton wayang' ketika ditanya mengenai destinasinya.
11.07 pagi: Empat kenderaan berwarna hitam membawa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing, tiba ke Istana Negara.
10.54 pagi: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tiba ke Istana Negara menaiki Vellfire berwarna hitam
10.45 pagi: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tiba di Istana Negara secara berasingan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.
10.40 pagi: Pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada jam 11.30 pagi ini - Sumber
10.13 pagi: Kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu Dua.
10.01 pagi: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat keluar dari perkarangan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
10 pagi: Bermula malam tadi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam.
#BHnasional Langkah bagi cegah jenayah, jamin keselamatan awamhttps://t.co/ekwXVIgdwR
— Berita Harian (@bharianmy) November 23, 2022
8.34 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semua calon yang telah sah dinamakan pada 5 November lalu untuk bertanding di Parlimen Padang Serai, Kedah, serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, dikehendaki turut hadir ke pusat penamaan calon (PPC) bagi kerusi masing-masing, esok.
8.30 pagi: Petugas media mula berhimpun di hadapan laluan masuk ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
8.00 pagi: Kawalan masuk ke laluan berhampiran Pintu Dua Istana Negara diperketatkan, pagi ini. Polis melakukan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan menuju ke pintu utama Istana Negara, dengan kenderaan yang didapati tiada tujuan rasmi diminta berpatah balik ke arah Jalan Bukit Semantan.
SELASA, 22 NOVEMBER
11.55 malam: Barisan Nasional (BN) akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat berhubung status sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong secara individu membabitkan 30 Ahli BN, esok. - Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup
11.52 malam: Barisan Nasional sudah mempersembahkan permohonan menangguhkan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 10 pagi esok - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon
11. 44 malam: Barisan Nasional kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan parti politik - Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Tan Sri S A Vigneswaran
8.56 malam: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias tiba di Ibu Pejabat UMNO untuk menyertai mesyuarat Barisan Nasional.
8.30 malam: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mula meninggalkan pejabatnya di Jalan Gasing, di sini.
Difahamkan Presiden PKR itu terus pulang ke rumahnya di Sungai Long, Kajang.
8.25 malam: Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin, hadir di mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC).
- Datuk Seri Hishammuddin memaklumkan gabungan itu akan mengadakan dua mesyuarat malam ini, masing-masing Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN.
8.19 malam: Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Ramli Mohd Nor tiba di Ibu Pejabat UMNO di sini, bagi menghadiri mesyurat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
8.15 malam: Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng tiba di Ibu Pejabat UMNO di sini, bagi menghadiri mesyurat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
7.00 malam: Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media berkata pihaknya tidak setuju dengan saranan Agong supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan dengan PH kerana sudah menjadi prinsip gabungan itu sejak dulu
- Muhyiddin berkata, beliau diminta menandatangani satu dokumen, namun beliau menulis nota menyatakan tidak bersetuju mengenai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
6.45 petang: Istana Negara dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda secara individu jam 10.30 pagi esok.
- Proses ini bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
6.40 petang: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media di kediamaan beliau.
6.25 petang: Taklimat bersama semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sudah selesai dan kini diteruskan dengan mesyuarat membabitkan kepemimpinan Pakatan Harapan - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.
6.20 petang: Kepemimpinan Pakatan Harapan dijadual bermesyuarat, dipercayai bagi membincangkan perkembangan terkini dititahkan Yang di-Pertuan Agong ketika sesi menghadap di Istana Negara, sebentar tadi. - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
6.15 petang: Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya di Taman Gasing di sini.
6.00 petang: Anwar Ibrahim berkata belum ada sebarang keputusan daripada Agong mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 setakat ini.
- Agong titah perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak untuk bentuk kerajaan yang kukuh.
5.56 petang: Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninggalkan Istana Negara selepas lebih sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
5.20 petang: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
5.15 petang: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara melalui pintu dua selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun, beliau tidak memberhentikan kenderaannya untuk bertemu media yang sudah bersedia menemubualnya di pekarangan pintu dua Istana Negara.
4.35 petang: Ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) mula membanjiri pekarangan pintu dua Istana Negara dengan melaungkan slogan 'reformasi', pada petang ini.
- Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di Istana Negara.
4.19 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli angkat sumpah Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi.
4.18 petang: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di Pejabat PKR di Taman Gasing, Petaling Jaya
4.11 petang: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution masuk bersama ke pintu dua Istana Negara. pic.twitter.com/DTp7Kt5FD7
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
4.08 petang: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk ke pintu dua Istana Negara pic.twitter.com/G3FK0jgZBh
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
4.01 petang: Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggal kediamannya di Bukit Damansara, dipercayai menuju Istana Negara.
4.00 petang: Kira-kira 100 penyokong Pakatan Harapan (PH) mula berhimpun di pekarangan pintu dua Istana Negara. pic.twitter.com/PXKuwufnxi
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
3.55 petang: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya menuju ke Istana Negara.Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memanggil ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadap baginda jam 4.30 petang ini.
3.35 petang: Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan perkara-perkara berikut:
1. Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
3. Sehubungan itu, Barisan Nasional meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.
Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang.
3.00 petang: Beberapa pemimpin utama PH dan parti sekutu dilihat berkumpul di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Antara yang dilihat hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
2.53 petang: Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara di sini.
2.20 petang: Yang di-Pertuan Agong memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih memasuki pintu dua Istana Negara. Baginda kemudian bertemu petugas media dan mengingatkan rakyat untuk terus bersabar.
- Agong kemudian bertitah baginda akan buat keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat dan menitahkan rakyat terima apa sahaja keputusan berhubung pembentukan kerajaan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertemu petugas media dan mengingatkan rakyat untuk terus bersabar. pic.twitter.com/6uvsVvbx8z
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
2 petang: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju kekal sebagai pembangkang buat masa ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
- Perkara sama turut dinyatakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin bahawa 30 Ahli Parlimen BN yang hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN sepakat tidak menyokong nama mana-mana Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri ke-10.
1.25 tengah hari: Kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai membawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memasuki Pintu Dua Istana Negara.
1.05 tengah hari: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memandu kenderaannya meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara.
#BHnasional Kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan BN selepas inihttps://t.co/MLCFzN265r
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung yang dipengerusikan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.#PascaPRU15
Gambar: BN COMMS pic.twitter.com/TIpIucnFM9— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
12.20 tengah hari: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selesai bermesyuarat pagi ini namun masing-masing kunci mulut mengenai pilihan nama calon Perdana Menteri yang diputuskan untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum jam 2 petang ini.
- Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang beredar meninggalkan Menara Dato' Onn di sini, tidak memberi sebarang kenyataan kepada media dan terus menaiki kenderaannya keluar.
12.07 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih meninggalkan pintu satu Istana Negara.
12.07 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih meninggalkan pintu satu Istana Negara. pic.twitter.com/FrTuW2de9s
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
#PRU15 #pembentukankerajaan Media menanti kehadiran Ahli Parlimen BN di pekarangan Menara Dato' Onn pagi ini. pic.twitter.com/u8wzM7G6ms
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
11.50 pagi: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga Naib Presiden PAS meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.
11.30 pagi: Tiada kenderaan membawa ketua parti politik dilihat memasuki pintu satu dan dua Istana Negara, setakat ini. Suasana masih tenang di pekarangan Istana Negara, dengan kehadiran puluhan pengamal media, selain beberapa petugas istana dan anggota polis bagi memantau tahap keselamatan.
11.30 pagi: Suasana masih tenang di pekarangan Istana Negara, dengan kehadiran puluhan pengamal media, selain beberapa petugas istana dan anggota polis bagi memantau tahap keselamatan. pic.twitter.com/RtHG6FxjPG
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
11.20 pagi: Perikatan Nasional (PN) mendakwa menerima Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ketika memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, hari ini, berkata SD itu sudah dihantar ke Istana Negara, pagi ini.
KENYATAAN MEDIA PN pic.twitter.com/BTtQzmjBol
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian untuk mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan daripada gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan GPS.
GPS dalam kenyataan hari ini, berkata gabungan itu mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menaiki kereta meninggalkan kediamannya di Sungai Long, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat meninggalkan kediamannya di Sungai Long, Kajang. pic.twitter.com/AYkUYvPvwq
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
10.20 pagi: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula berkumpul di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara. Mereka berkumpul dipercayai bagivmembincangkanpembentukan kerajaan, susulan titah Yang di-Pertuan Agong yang melanjutkan tempoh untuk blok parti politik serahkan calon PM masing-masing.
10.10 pagi: Beberapa pemimpin BN mula tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pagi ini ketika kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10 mencapai kemuncak hari ini.
- Pimpinan dan Ahli Parlimen daripada semua parti komponen BN akan bermesyuarat bagi memutuskan sama ada gabungan itu, yang memperoleh 30 kerusi Parlimen dalam PRU15, akan menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan.
Antara pimpinan Barisan Nasional (BN) mula tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato'Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Lucia Terey John | BERNAMA pic.twitter.com/WxSCXsuRch— BERNAMA (@bernamadotcom) November 22, 2022
Suasana pintu 2 Istana Negara berikutan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. - VIDEO/AIZUDDIN SAAD pic.twitter.com/BtXeKXv2uH
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
Anggota polis memeriksa kenderaan yang melepasi ke pintu 2 Istana Negara bagi mengawal keselamatan berikutan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum 2 petang ini. - NSTP/Aizuddin Saad pic.twitter.com/GGfdNStRcr
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
9.50 pagi: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tiba di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.
22 NOVEMBER
9 pagi:Istana Negara terus menjadi menjadi tumpuan hari ini apabila puluhan pengamal media mula berkumpul di perkarangan pintu dua Istana Negara, pagi ini.
Bagaimanapun, tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tumpuan terarah di Istana Negara, apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang hari ini.
Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi baginda mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti.
#BHnasional #PRU15 Bagaimanapun, setakat jam 9 pagi tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik https://t.co/2d45lkvKWd
— Berita Harian (@bharianmy) November 22, 2022
#BHNasional Anwar terima akuan bersumpah pagi ini, ke Istana Negara sebelah petang. #PRU15https://t.co/ZHPhAxqd70
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
ISNIN, 21 NOVEMBER
7.20 malam: SPR umum calon GPS Anyi Ngau menang di Parlimen Baram.
- Pengundian di 11 pusat mengundi Parlimen Baram Sarawak ditangguhkan pada Sabtu lalu berikutan banjir.
5.48 petang: ADUN Kota Tampan Saarani Mohamad angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
5.25 petang: Presiden MCA Wee Ka Siong berkata Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat petang tadi belum mencapai kata putus mengenai sokongan kepada gabungan mana untuk membentuk kerajaan. Keputusan dijangka dapat diputuskan esok.
- MIC menyokong sebarang keputusan yang bakal diputuskan BN: Presiden MIC, SA Vigneswaran
5.20 petang: Ketua UMNO Ketereh, Annuar Musa berkata lebih 50 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara tidak mahu parti bergabung dengan PH atau PN untuk bentuk kerajaan campuran. "UMNO bukan diwujudkan sebagai 'peminta sedekah' kepada mana-mana parti untuk memasuki blok kerajaan".
- Menyuarakan pandangan sama, Ketua Bahagian UMNO Batu, Datuk Yahya Mat Ghani berkata Zahid tidak mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan hala tuju parti, sebaliknya segala keputusan dibuat perlu berunding dengan akar umbi.
4.50 petang: Petugas media mula beransur-ansur beredar dari pekarangan pintu satu Istana Negara.
- Sejak jam 9 pagi tadi, puluhan pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu satu dan dua Istana Negara bagi meninjau perkembangan proses pembentukan kerajaan
4.18 petang: Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, dilihat keluar dari pintu satu Istana Negara.
#PRU15 Kenderaan membawa PM Ismail Sabri keluar Istana Negara jam 4.15 petang pic.twitter.com/iRHeCeWAtb
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
4.15 petang: Kereta Audi berwarna hitam membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat keluar dari pintu satu Istana Negara.
3.15 petang:Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata belum ada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani sebarang dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan kerana BN belum membuat sebarang keputusan muktamad menyokong mana-mana pihak.
3.05 petang: Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih calon Perdana Menteri melalui pembentukan kerajaan campuran antara pakatan itu dengan BN.
- Anwar menegaskan kes mahkamah membabitkan ahli UMNO akan diteruskan walaupun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung untuk membentuk kerajaan.
- Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk kelak tidak akan dikenali sebagai kerajaan PH atau DAP tetapi adalah kerajaan gabungan
2.52 petang: Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kini berlangsung di Menara Dato' Onn.
#BHnasional #PRU15 Kereta Audi berwarna hitam membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat masuk pintu satu Istana Negara. pic.twitter.com/793JwyYYtR
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
2.50 petang: Kereta Audi berwarna hitam membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat masuk pintu satu Istana Negara.
2.50 petang: Kerajaan PH-BN Perak: Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan perkembangan positif, permulaan baik.
2.49 petang: Saya masih optimistik PH akan membentuk kerajaan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.47 petang: Perbincangan PH dan BN: BN mohon sedikit waktu untuk memuktamadkan keputusan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.47 petang: Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengadakan rundingan dengan tujuh wakil pemimpin BN dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan yang stabil di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pagi tadi.
2.45 petang: Pembentukan kerajaan Persekutuan: BN Sabah sokong mana-mana gabungan diputuskan BN pusat - Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin
2.38 petang: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terkilan apabila pertemuan khas membabitkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pasific di Kuala Lumpur turut dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (PH).
2.30 petang: DAP Pahang tiada masalah bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri ketika perbincangan semakin rancak mengenai kerjasama BN-Pakatan Harapan (PH) - Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.
#BHnasional #PRU15 Kereta Audi berwarna hitam membawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat keluar dari pintu satu Istana Negara. pic.twitter.com/ma1xaACEzt
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
2.26 petang: Kereta Audi berwarna hitam membawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat keluar dari pintu satu Istana Negara.
2.08 petang: Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu media di luar kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PN mempunyai lebih daripada cukup sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
1.53 tengah hari: PN telah kemuka lebih 112 surat akuan berkanun oleh Ahli Dewan Rakyat sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM - Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin
#BHnasional #PRU15 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan bertemu petugas media di perkarangan pintu dua Istana Negara, hari ini. pic.twitter.com/XxsOo5w3xE
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
1.47 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong berkenan bertemu dan menyumbangkan makanan kepada petugas media berkumpul di Istana Negara.
Baginda menyeru rakyat bersabar menanti keputusan rasmi pasca PRU15 sehingga jam 2 petang esok.
1.45 tengah hari: Pentadbiran negara berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri sementara berdasarkan prinsip-prinsip digariskan bagi kerajaan sementara - Istana Negara
1.40 tengah hari: PH dan BN bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri di Perak. - Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad
1.35 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti politik pasca PRU15 bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2 petang esok. - Istana Negara
1.35 tengah hari: Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini - Jurucakap Istana Mohd Annuar Zaini
1.34 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong titah rakyat sabar, bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu, pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai - Istana Negara
1.00 tengah hari: Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi BN akan berlangsung jam 2 petang ini
12.58 tengah hari: Setiausaha PN Perak yang juga ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, memasuki pekarangan Istana Kinta Ipoh.
12.50 tengah hari: Pengarah Pillihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO diadakan malam ini.
12.40 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dilihat memasuki pintu utama Istana Kinta dipercayai mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
#BHnasional #PRU15 Kehadiran Saarani di Istana Kinta dipercayai bagi mempersembahkan situasi politik semasa Perak ketika ini.https://t.co/UeJjP6fxZd
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
12.30 tengah hari : Kenderaan membawa Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memasuki pekarangan Istana Kinta
12.35 tengah hari: Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad optimis kerajaan campuran akan dapat dibentuk antara PH dan BN
12.28 tengah hari: Empat Ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pertemuan dengan pemimpin PH hari ini.
Mereka Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan serta Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli
12.05 tengah hari: UMNO Johor berpendirian gabungan politik yang dibentuk bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan tidak perlu membabitkan DAP. - Pengerusinya, Datuk Seri Hasni Mohammad
11.55 pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada rundingan rasmi dengan PH sebaliknya menerima kunjungan pemimpin pakatan itu sebagai tetamu.
11.53 pagi: Beberapa pemimpin PH termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilihat mula meninggalkan Hotel Seri Pacific
11.44 pagi - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan perkarangan Hotel Seri Pacific
11.42 pagi: BN dan PH setuju bekerjasama bagi membentuk kerajaan Perak
#BHNASIONAL #PRU15 BN dan PH secara bersama memenangi 33 kerusi majoriti di DUN Perak pada PRU15https://t.co/uTrYWl3lqR
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
11.41 pagi: PN Perlis akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar baharu bagi mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail petang ini. - Pengerusi PN Perlis, Shukri Ramli
11.40 pagi: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Perak melalui 33 daripada 59 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) dimenangi bersama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
11.40 pagi: GRS sokong Pengerusi PN Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, bentuk kerajaan Persekutuan dengan PN, GPS serta parti lain - Hajiji
11.36 pagi: Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 daripada 30 Ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.
11.34 pagi: Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor bersama Ahli Parlimen GRS pada pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.
11.32 pagi: BN akan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) mewakili Ahli Parlimen parti itu bagi menamakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun petang ini. - Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
11.27 pagi: Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap menolak kerjasama dengan PH, bahkan beliau rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh.
"No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan."
11.25 pagi: Mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani sebarang dokumen terutama akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah dan melanggar Perlembagaan parti. - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
11.06 pagi: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng tiba di Hotel Seri Pacific
11.05: Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang membentuk kerajaan Persekutuan kerana mengetuai gabungan parti yang mempunyai Ahli Parlimen teramai.
#PRU15 Petugas media di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini. pic.twitter.com/HOnSm9QsZq
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
10.58: Menteri Besar Perlis yang baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Arau pada jam 3 petang esok. - Sumber
10.44 pagi: Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir dalam majlis perjumpaan Ahli Parlimen BN dengan PH.
10.43 pagi: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tidak menolak idea pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PH.
10.35 pagi: Bendahari DAP Perak, Howard Lee tiba di bangunan UMNO Perak bagi mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Kehadirannya dipercayai wakil kepada DAP Perak untuk mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerjasama antara BN dan PH.
10.31 pagi: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific dipercayai bagi mengadakan rundingan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi pembentukan kerajaan campuran.
10.30 pagi: Kedah kekal tidak membubarkan DUN sebelum Mac depan walaupun PN dalam momentum terbaik selepas menang 13 kerusi Parlimen di negeri itu.
10 pagi: Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dipercayai untuk mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8.28 pagi: Beberapa anggota polis dan seorang petugas Istana Negara menunggang kuda mula kelihatan di pintu satu Istana Negara.
8.25 pagi: Belum ada pergerakan masuk mana-mana pemimpin parti politik ke Istana Negara. Media berkumpul seawal jam 7.30 pagi
#PRU15 Media berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Istana Negara. pic.twitter.com/LXDcBkn1ay
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
#PRU15 Hujan renyai dan keadaan di hadapan pintu satu Istana Negara masih lengang. pic.twitter.com/1F1zOIE4d8
— Berita Harian (@bharianmy) November 21, 2022
8.10 pagi: Hujan renyai dan keadaan di hadapan pintu satu Istana Negara masih lengang.
8.00 pagi: 12 pusat pengundian dibuka bagi proses mengundi Parlimen Baram hari ini - SPR
PRU15: 12 pusat pengundian dibuka bagi proses mengundi Parlimen Baram hari ini - @sprgovmy pic.twitter.com/dj90xolfPg
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 21, 2022
#BHnasional #PRU15 Presiden BERSATU menjelaskan sokongan untuk jadi PM dari Ahli Parlimen secara individu, bukan gabungan partihttps://t.co/DxZex4421f
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
AHAD, 20 NOVEMBER
9 malam: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).
Dalam perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.
#BHnasional #PRU15 Ahmad Zahid merujuk kepada kenyataan GPS awal hari ini mengenai penubuhan Kerajaan Persekutuan gabungan membabitkan BNhttps://t.co/QcMxKlZpkP
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
#BHnasional #PRU15 Mampu raih kerusi mencukup tubuh kerajaan Persekutuan, sokongan dilantik Perdana Menteri ke-10https://t.co/2zIitvQqjh
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
7 malam: Delegasi dipercayai kepimpinan parti politik dari Sabah dilihat keluar dari kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
6.30 petang: Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam kenyataan mengesahkan sudah mengadakan pertemuan dengan Abang Johari (GRS) dan Hajiji Noor (GRS) yang menyatakan sokongan untuk beliau jadi PM-10. Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama. Justeru Muhyiddin yakin akan memperoleh sokongan mencukupi untuk dilantik Agong sebagai PM-10
6 petang: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata gabungan itu memutuskan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi gabungan yang terdiri daripada GPS, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
- Muhyiddin Yassin pilihan GPS sebagai calon perdana menteri - Abang Johari
#BHNasional #PRU15 Kerajaan campuran untuk menstabilkan negara - Abang Joharihttps://t.co/272TpiPbg6
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
#BHnasional #PRU15 Anwar semalam mendakwa memiliki kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Persekutuan https://t.co/v36NrkHhbY
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
5.42 petang: Setelah Presiden dan Timbalan Presiden PAS meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir 10 lagi kenderaan mewah dengan plat pendaftaran negeri Sabah dilihat masuk sekitar 5.40 petang.
#BHnasional #PRU15 Dilihat selepas Presiden dan Timbalan Presiden PAS meninggalkan kediaman Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU di Bukit Damansara https://t.co/ijO49H4dWZ
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
4.55 petang: Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu pemberita perbincangan mengenai pembentukan kerajaan pusat hampir selesai namun enggan mengulas lanjut. Beliau ditemui ketika meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
4.50 petang: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Yeck Lee memberitahu media Perikatan Nasional sudah mempunyai majoriti tanpa kerjasama dengan Pakatan Harapan dan akan membentuk kerajaan pusat.
#BHNasional #PRU15 PN mendakwa ada cukup bilangan membentuk kerajaan Persekutuanhttps://t.co/Sp262Q7aV7
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
4.40 petang: Kenderaan membawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat keluar dari kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tepat jam 4.35 petang. Beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan, sekadar melambai kearah pihak media menunggu di luar.
4.20 petang: Semakan setakat ini dapati Pakatan harapan (PH) dilihat belum mengadakan sebarang pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan Persekutan pasca PRU15 walaupun menang kerusi terbanyak, 82.
3.15 petang:Tujuh kenderaan dilihat memasuki kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antara yang kelihatan, kenderaan yang membawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
#PRU15 7 kenderaan dilihat masuk kawasan kediaman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin jam 3.15 petang. Antara yang kelihatan kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pic.twitter.com/6JqiN1lZ3W
— Berita Harian (@bharianmy) November 20, 2022
2.35 petang:Kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi tumpuan media sejak tengah hari tadi. Difahamkan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu pertemuan tertutup di kediaman beliau di Bukit Damansara jam 3 petang ini.
2.35 petang:Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata Mesyuarat Biro Politik UMNO yang selesai kira-kira jam 2.30 petang tadi belum memutuskan sebarang hala tuju parti itu sama ada menyertai mana-mana gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan.
- Bung Moktar juga menjelaskan UMNO belum sampai ke tahap desak Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan. "Kita semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab. Kalau mahu letak jawatan, semualah letak jawatan."
2.33 petang: Tan Sri Noh Omar mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor kerana hilang kepercayaan kepada presiden parti
2 petang:Agong menitahkan ketua-ketua parti politik dengan jumlah kerusi terbanyak maklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kemudian akan memaklumkan Istana Negara mengenai gabungan dipersetujui untuk bentuk kerajaan - Istana Negara
- Speaker Dewan Rakyat kemudian akan kemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik tersebut untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang esok
1.05 tengah hari: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan terkini proses PRU15 semalam.
12.45 tengah hari: Lebih 50 pengamal media berkumpul di hadapan laluan pintu dua Istana Negara, di sini bagi membuat liputan lanjut pasca PRU15 yang kini terarah kepada proses pembentukan kerajaan sebaik keputusan rasmi PRU15 dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.
12.30 tengah hari: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan dilihat mula tiba secara berasingan ke Menara Dato' Onn
12.30 tengah hari: Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan meminta Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan.
- Shahril turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO
- Shahril mengulangi gesaan Menteri Besar Johor yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi jam 8.30 pagi tadi yang meminta Zahid mengambil tanggungjawab terhadap prestasi terburuk UMNO/BN dalam PRU15.
12 tengah hari: Biro Politik UMNO bermesyuarat di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi memuktamadkan pendirian parti sama ada untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi melengkapkan jumlah kerusi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
- Siri mesyuarat UMNO akan disusuli dengan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dijadual jam 3 petang ini, manakala mulai jam 8 malam Dewan Tertinggi Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat khas.
- Parti komponen BN, MCA dan MIC juga bermesyuarat hari ini untuk memutuskan hala tuju parti.
12 tengah hari: Kenderaan milik Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan perbincangan dipercayai berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.
10 pagi: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan. Hadir sama dalam mesyuarat itu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan seorang lagi individu tidak dikenali.