Ahad, 20 November 2022 | 3:39am
Sh Mohamed Puzi (tengah) bersama Mohd Sharim (kiri) dan Mohd Nizar meraikan kemenangan pada PRU15. NSTP/Mohd Rafi Mamat
Sh Mohamed Puzi (tengah) bersama Mohd Sharim (kiri) dan Mohd Nizar meraikan kemenangan pada PRU15. NSTP/Mohd Rafi Mamat

PRU15: BN kekal di Parlimen Pekan

PEKAN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Pekan apabila calonnya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali memperoleh majoriti 8,949 undi menewaskan empat pencabar.

Sh Mohamed Puzi Sh Ali memperoleh 47,418 undi, berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (38,469 undi); calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Naim Zainal Abidin (6,316 undi); calon PEJUANG, Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak (472 undi) dan calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (366 undi)

Rekod cemerlang turut dilakar di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bebar, Peramu Jaya dan Chini.

Bagi DUN Peramu Jaya, Datuk Mohd Nizar Najib memperoleh 19,337 undi, menewaskan calon PN, Abu Talib Muhammad yang mendapat 11,514 undi, calon PH, Tugimon Abdul Hamid ( 2,511 undi)

Di DUN Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff mengekalkan kerusi itu selepas memperoleh 10,485 undi menewaskan calon PN, Narzatul Haidar Sakim (4,212 undi) dan wakil PH, Ibrahim Sulaiman (866 undi).

Bagi kerusi DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain turut mengekalkan kemenangan selepas memperoleh 10,588 undi, manakala pencabarnya, Fahrur Rozi Jalaluddin dari PN mendapat 8,463

undi dan Mohamad Yazid Che Mat dari PH mendapat 833 undi.

Kerusi DUN Pulau Manis dimenangi calon PN, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan yang meraih 13,064 undi menewaskan calon BN, Datuk Khairuddin Mahmod (9,133 undi) dan calon PH, Muhammad Khairil Khalid (1,901undi).

Berita Harian X