Ahad, 20 November 2022 | 1:28am

Keputusan tidak rasmi, GRS-BN menang 13 kerusi

KOTA KINABALU: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sabah setakat jam 1 pagi ini menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) memenangi 13 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen di negeri ini.

Kedua-dua gabungan itu masing-masing memenangi tujuh dan enam kerusi.

BN memenangi kerusi Parlimen Kimanis, Kalabakan, Libaran, Beaufort, Putatan, Kinabatangan dan Pensiangan, manakala GRS di Parlimen Papar, Sipitang, Ranau, Tawau, Keningau dan Batu Sapi.

Pakatan Harapan (PH) Sabah pula memenangi lima kerusi iaitu di Parlimen Sandakan, Sepanggar, Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, Parti Warisan (WARISAN) hanya memenangi tiga kerusi iaitu di Parlimen Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.

Selain itu, masing-masing satu kerusi dimenangi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) iaitu Parlimen Kota Marudu dan Perikatan Nasional (PN) di Beluran.

Dua calon Bebas juga turut mencatat kemenangan iaitu di kerusi Parlimen Kudat dan Tenom.

Berita Harian X