Sabtu, 19 November 2022 | 6:11pm

LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRU15

WAKTU pengundian PRU15 ditutup jam 6 petang tadi. Kini proses pengiraan undi bagi 220 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN Perlis, Perak, Pahang serta Bugaya di Sabah.

Ikuti laporan langsung sekitar proses pengiraan undi daripada wartawan BH di seluruh negara.


Keputusan RASMI setakat 12.45 tengah malam

- PM Ismail Sabri Yaakob pertahan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.

- Rosli Abdul Jabar menang DUN Tanjung Lumpur dengan majoriti 8,989 undi.

- Calon PH, Sim Tze Tzin memenangi kerusi Parlimen Bayan Baru dengan meraih 55,209 undi.


Keputusan RASMI setakat 12.35 tengah malam

- Datuk Wan Saiful Wan Jan memenangi Parlimen Tasek Gelugor dengan meaih 12,252 undi menewaskan calon WARISAN, Mohamad Akmal Azhar (WARISAN), Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan (PH), Abdul Halim Sher Jung (PEJUANG) dan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN).

- Calon Pakatan Harapan (PH) Fadhlina Sidek memenangi Kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan memperoleh 42,188 undi menewaskan penyandangnya, Datuk Mansor Othman dan dua calon dari Barisan Nasional (BN) serta Bebas.

- Calon PN-PAS, Wan Razali Wan Nor menang Parlimen Kuantan dengan majoriti 2,866 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 12.35 tengah malam

- Calon PH, Chow Yu Hui menang Parlimen Raub.

- Calon PN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menang Parlimen Indera Mahkota.

- Calon PN Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik mendahului di Parlimen Balik Pulau setakat jam 12 tengah malam ini.


Keputusan RASMI setakat 12.30 tengah malam


Keputusan RASMI setakat 12.00 tengah malam

- Kerusi Parlimen Langkawi dimenangi Mohd Suhaimi Abdullah dari PN dengan majoriti 13,518, dua calon termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dari PEJUANG hilang deposit.

- Kerusi Parlimen Langkawi dimenangi Mohd Suhaimi Abdullah dari PN dengan majoriti 13,518, dua calon termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dari PEJUANG hilang deposit.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 12.00 tengah malam

- Calon BN, Abdul Rahman Mohamad sedang mendahului di kerusi Parlimen Lipis.

- Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob BN, masih mendahului di Parlimen Bera.


Keputusan RASMI setakat 11.50 malam

- Parlimen 193, Santubong dimenangi Nancy Shukri dari GPS dengan majoriti 38,681.


Keputusan RASMI setakat 11.45 malam

- P027 Tanah Merah dimenangi Datuk Seri Ikmal Hisham (PAS) dengan 44,485 undi, manakala P019 Tumpat dimenangi Mumtaz Md Nawi (PAS) dengan majoriti 34,793 undi.

- Calon PAS Kuala Nerus, Dr Alias Razak menang dengan majoriti 29,765 undi.

- Parlimen 201, Batang Lupar dimenangi Mohamad Shafizan dari GPS dengan majoriti 14,463.

- Parlimen 202, Sri Aman dimenangi Doris Sophia Brodi denga majoriti 4,039.

- Calon PH, RSN Rayer, menang di Parlimen Jelutong (P50), Pulau Pinang, dengan majoriti 38,604 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 11.40 malam

- Calon PH Parlimen Tambun mendahului dengan 26,369 undi diikuti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) 21,973 undi; Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) 13,341 undi dan Abdul Rahim Tahir (GTA) dengan 538 undi.


Keputusan RASMI setakat 11.35 malam

- Datuk Che Mohamad Zulkefly Jusoh (PAS) menang Parlimen Besut majoriti 18,666 undi apabila mendapat 49,569 undi, kalahkan Datuk Nawi Mohamad (BN) 30,903 undi; Abd Rahman @ Abd Aziz Abas (PH) 4,339 undi dan Datuk Wan Nazari Wan Jusoh (PEJUANG) 553 undi.


Keputusan RASMI setakat 11.30 malam

- Ahmad Fadhli Shaari (PAS) menang di kerusi P22 Pasir Mas dengan majoriti 30, 717 undi apabila mendapat 44,444 undi, kalahkan Ab Ghani Harun (BN) 13,727 undi; Datuk Husam Musa (PH) 6,439 undi dan Nasrul Ali Hasan (PEJUANG) 543 undi.

- Ahmad Fadhli Shaari (PAS) menang di kerusi P22 Pasir Mas dengan majoriti 30, 717 undi apabila mendapat 44,444 undi, kalahkan Ab Ghani Harun (BN) 13,727 undi; Datuk Husam Musa (PH) 6,439 undi dan Nasrul Ali Hasan (PEJUANG) 543 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 11.20 malam

- Calon PH, Mohd Afandi Abd Rani sedang mendahului di DUN Luit.


Keputusan RASMI setakat 11.10 malam

- Calon Barisan Nasional (BN) merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy menang di kerusi Parlimen Kalabakan dengan majoriti 9,100 menewaskan penyandang Ma'mun Sulaiman (Warisan) dan empat calon lain.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 11.10 malam

- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap, menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid, mendahului di kerusi berkenaan dengan majoriti 10,959 undi.

- PAS kekalkan kerusi Parlimen Tumpat dengan kemenangan bergaya Datuk Mumtaz Md Nawi dengan 63,854 undi, jauh tinggalkan calon BN (majoriti 33,991). BN letakkan penyandang Datuk Che Abdullah Mat Nawi tetapi hanya mendapat 29,973 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.55 malam

- Perikatan Nasional (PN) Muhammad Fawwaz Mat Jan mendahului dengan majoriti 4,804 dengan memperoleh 15,033 undi di Parlimen Permatang Pauh mengatasi penyandang, Nurul Izzah Anwar meraih 10,139 undi setakat jam 10.40 malam.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.50 malam

- Calon BN, Mohd Shahar Abdullah sedang mendahului di Parlimen Paya Besar.

- Calon PH, RSN Rayer, mendahului selesa di Parlimen Jelutong (P50), Pulau Pinang, dengan majoriti lebih 30,000 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.45 malam

- Calon PN, Zakri Hassan mendahului dengan 8,599 undi di Parlimen Kangar mengatasi empat calon lain.

- Calon PN, Bakri Jamaluddin bagi Parlimen Tangga Batu (P136) mendahului dengan 35,928 undian, diikuti PH (27,584), BN (24,046), PEJUANG (683) dan BEBAS (261).


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.40 malam

- Calon PN, Datuk Ahmad Yahya mendahului di Parlimen Pokok Sena dengan majoriti 16,352 undi, mendahului tiga lagi calon termasuk penyandang Datuk Mahfuz Omar dari PH.

- Calon PN, Zulkifli Ismail menang di Jasin (P139), Melaka dengan undian 27,567, diikuti BN (27,230), PH (21,394) dan PEJUANG (456).

- Calon PN, Zulkifli Ismail menang di Parlimen Jasin (P139) Melaka dengan 27,567 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.35 malam

- Calon PN Zulkifli Ismail menang di Parlimen Jasin (P139) Melaka dengan majoriti 27,567 undi.

- Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Abd Ghani Ahmad memperoleh 12,187 undi mendahului tiga lagi calon di Parlimen Jerlun.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.30 malam

- Calon PH, Prabakaran Parameswaran meninggalkan jauh saingan terdekatnya untuk kerusi Parlimen Batu Azhar Yahya (PN) dengan majoriti 4,271.

- Calon PN, Datuk Seri Shahidan Kassim mendahului di Parlimen Arau dengan 11,945 undi diiikuti calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman dengan 3,176 undi dan calon PH, Fatin Amelina Fazlie dengan 2,659 undi.

- Calon PN, Dr Siti Mastura Muhammad mendahului di Parlimen Kepala Batas dengan 1,344 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.25 malam

- Calon PN-PAS, Khairil Nizam Khirudin sedang mendahului di Parlimen Jerantut.

- Calon PN, Bakri Jamaluddin mendahului di Parlimen Tangga Batu (P136) dengan 29,765 undian, diikuti PEJUANG (558), BEBAS (221), PN (29,765), PH (22,039) dan BN (20,085).


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.20 malam

- Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi menang di lima kawasan Parlimen iaitu Mukah, Igan, Lawas, Batang Sadong dan Betong.

- Calon PH, Ramkarpal Singh, menang di Parlimen Bukit Gelugor (P51), Pulau Pinang, dengan meraih 54 peratus undi.

- Calon PN, Mas Ermieyati Samsudin mendahului di Parlimen Masjid Tanah (P134) Melaka, dengan 8,292 undian, diikuti BN (7,133), PH (3,775) dan PEJUANG (164).


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.15 malam

- Calon Barisan Nasional (BN) merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy mendahului di kerusi Parlimen P191 Kalabakan dengan Majoriti 5,652 undi.

- Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin mendahului di Parlimen Kimanis dengan 5,000 undi setakat jam 9:42 malam ini.

- Calon PH, Chow Kon Yeow, menang di Parlimen Batu Kawan (P46), Pulau Pinang, dengan meraih 50 peratus undi.

- Calon PN, Mas Ermieyati Samsudin mendahului di Parlimen Masjid Tanah (P134) Melaka, dengan 8,292 undian, diikuti BN (7,133), PH (3,775) dan PEJUANG (164).


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.10 malam

- Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui, mendahului lima calon lain di kerusi Parlimen P190 Tawau dengan majoriti 1,025 undi, setakat jam 9:30 malam.

- Calon BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendahului tipis di Parlimen Kepala Batas (P041), Pulau Pinang, dengan majoriti kurang 60 undi.

- Calon Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup mendahului di Parlimen Pensiangan setakat jam 9:29 malam.

- Calon PN-BERSATU Datuk Seri Saifuddin sedang mendahului di Parlimen Indera Mahkota.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.05 malam

- Calon PH-PKR Mohd Afandi Abd Rani sedang mendahului di DUN Luit.

- Calon PAS Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendahului majoriti 14,175 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 10.00 malam

- Calon PH, Adly Zahari sedang mendahului di Parlimen Alor Gajah (P135) dengan majoriti 364 undi.

- Calon PAS Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Hulu Terengganu.

- Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin sedang mendahului dengan majoriti 387 undi setakat jam 9.30 malam tadi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.50 malam

- Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului di kerusi Parlimen Rembau (P131) dengan 16,013 undi, PH (7,563), PN (5,566), PSM (211) dan PEJUANG (145)

- Calon PH-DAP Young Syefura Othman sedang mendahului di Parlimen Bentong

- Calon PAS Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendahului 28,176 undi.

- Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee, memberi kemenangan buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Batang Sadong selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Lahaji dengan majoriti 14,893 undi.

- Calon PH, Lim Guan Eng, hampir pasti mempertahankan kerusi Parlimen Bagan (P43), Pulau Pinang, apabila mendahului dengan majoriti lebih 40,000 undi.

- Calon PH, Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului di kerusi Parlimen Port Dickson (P132) dengan 7,053 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.47 malam

- Calon PH, Norwani Ahmat mendahului di Parlimen Jempol (P127) dengan majoriti 1,110 undi

- Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS) hampir pasti kekalkan kemenangan di Parlimen Pasir Puteh dengan majoriti 26,748 undi. Beliau sudah berada di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh sejak 9.30 malam.

- Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS) mendahului dengan 4,433 jumlah undi di P21 Kota Bharu diekori Hafidzah Mustakim (PH) dengan 3,379 undi.

- Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li mendahului di Parlimen Gua Musang dengan memperoleh 14,743 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.40 malam

- Calon PH, Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului di kerusi Parlimen Port Dickson (P132) dengan majoriti 1,043 undi

- Calon PH Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendahului dengan majoriti 12,376 setakat jam 9.37 malam

- Calon BN-UMNO Amizar Abu Adam sedang mendahului di DUN Ketari

- Calon PN, Zulkifli Ismail mendahului di Parlimen Jasin (P139), Melaka dengan undian 19,083


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.30 malam

- Calon PH Datuk Madius Tangau selaku penyandang mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran sebanyak 11,339 undi. Ia bersaing hebat dengan calon GRS, Datuk Joniston Bangkuai yang memperoleh 10,494 undi.

- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PAS) mendahului di Parlimen Machang dengan memperoleh 13,554 undi, meninggalkan calon BN, Datuk Ahamd Jazlan Yaakub yang mendapat 10,268 undi.

- Calon BN, Datuk Adnan Abu Hassan mendahului di kerusi Parlimen Kuala Pilah (P129) dengan 9,100 undi

- Calon PAS Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendahului 10,342 undi

- Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendahului dengan majoriti 2,998 undi


9.24 malam: TIDAK RASMI: Penyandang Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS) mendahului dengan majoriti 15,920 undi selepas mendapat 28,717 undi, iaitu kiraan 118 daripada 203 pseti undi. Diikuti Datuk Zawawi Othman (BN) dengan 12,797 undi; Muhammad Husain (PH) 2,077 undi dan Wan Marzudi Wan Omar (PEJUANG) 199 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.20 malam

- Calon PAS, Datuk Mumtaz Md Nawi mendahului di Parlimen Tumpat dengan memperoleh 26,404 undi meninggalkan calon BN mendapat 13,816 undi.

- Calon PH-DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sedang mendahului di DUN Tras

- Calon PH, Lim Hui Ying, menang di Parlimen Tanjong (P49), Pulau Pinang, dengan meraih 52 peratus undi

- Parlimen Batu Azhar Yahya (PN) 1,747, A Kohilan Pillay (BN) 624


Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.15 malam

- Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim terus mendahului di Parlimen Arau dengan 3,625 undi, diiikuti calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman dengan 1,088 undi dan calon PH, Fatin Amelina Fazlie dengan 896 undi.

- Khalid Abd Samad (PH) mendahului di Parlimen Titiwangsa dengan 4,434 undi

- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului di Parlimen Marang dengan majoriti 11,405 undi

- Calon BN, Khairy Jamaluddin mendahului calon-calon lain dengan majoriti 1,029 bagi P107 Sungai Buloh

- Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim terus mendahului di Parlimen Arau dengan 3,625 undi, diiikuti calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman dengan 1,088 undi dan calon PH, Fatin Amelina Fazlie dengan 896 undi.

Keputusan TIDAK RASMI setakat 9.05 malam

- PAS menang semua kerusi Parlimen di Kelantan mengikut portal akhbar parti itu.

- Datuk Khlir Mohd Nor (PAS) mendahului dengan majoriti 8,878 undi. Khlir memperoleh 16,352 undi, manakala calon Marzuani Ardila Ariffin (BN) dengan 7,474 undi diikuti Rahimi L Muhamud (PH) 1,769 undi dan Haneef Ibrahim (PUTRA) 113 undi.

Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.55 malam

- Hannah Yeoh (DAP-PH) mendahului di Parlimen Segambut dengan 6,068 undi


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.55 malam

- Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului di kerusi Parlimen Rembau (P131) dengan undian 6,827.

- Calon PN, Muhammad Fawwaz Md Jan, masih mengatasi Nurul Izzah Anwar (PH) dan dua pencabar lain di Parlimen Permatang Pauh (P44), Pulau Pinang.

- Calon PN, Azhar Yahya mendahului di Parlimen Batu dengan 1,159 undi disusuli calon BN, A Kohilan Pillay dengan 440 undian.

- Calon PH, Lim Guan Eng, terus mendahului dengan selesa di Parlimen Bagan (P43), Pulau Pinang, dengan majoriti lebih 10,000 undi.

- Calon PH, Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying sedang mendahului di Parlimen Tanjong.

- Calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului undian 7,649 di Parlimen Jelebu (P126).

- PAS mendahului di semua lapan kerusi di Terengganu.


Keputusan RASMI setakat 9.20 malam

- Ku Li (BN) mendahului di P32 Gua Musang dengan 8,820 undi diikuti Mohd Azizi Abu Naim (PAS) dengan 6, 312 undi; Asharun Uji (PH) mendapat 2, 737 undi dan Datuk Dr Samsu Adabi Mamat (GTA) dengan 160 undi.


Keputusan RASMI setakat 8.45 malam

- Parlimen P207 Igan dimenangi Ahmad Johnie Zawawi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 14,662 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH).


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.45 malam

- Johari Abdul Ghani (BN) mendahului di Parlimen Titiwangsa dengan 1,471 undi

- Calon PN, Hassan Saad, mendahului tiga calon lain di Parlimen Baling termasuk penyandang, Datuk Seri Abdul Abdul Azeez Abdul Rahim dari Barisan Nasional (BN).

- Calon PAS, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendahului dengan 12,223 undi di Parlimen Besut (P33).

- PAS mendahului kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

- Calon BN, Shahril Hamdan sedang mendahului di Parlimen Alor Gajah (P135) dengan majoriti 1,255 undi.

- GPS mendahului di 21 kerusi daripada 31 ditandingi di Sarawak manakala DAP (lima) dan PH (dua) serta PN dan PBM, masing-masing satu.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.40 malam

- PAS mendahului kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

- Calon PN Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului dengan 2,652 undi.

- Calon PH (DAP), Chan Foong Hin dan Vivian Wong Shir Yee masing-masing mendahului di kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan.

- Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim selesa mendahului di kerusi Parlimen Arau dengan 2,064 undi.

- Calon PH, Syerleena Abdul Rashid, sedang mengatasi empat pesaing lain di Parlimen Bukit Bendera (P48), Pulau Pinang, dengan majoriti lebih 8,000 undi.

- Ali Biju (PN) menang di Saratok.

- BN mendahului di Beaufort setakat 8.33 malam.

- Calon PH, Steven Sim Chee Keong, mendahului dua pencabarnya daripada BN dan PN di Parlimen Bukit Mertajam (P45), Pulau Pinang, dengan majoriti lebih 16,000 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.35 malam

- Penyandang yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului di P024 Kubang Kerian.

- Calon PBM mendahului di Julau setakat 8.26 malam.

- Calon PN, Datuk Khlir Mohd Nor mendahului di P026 Ketereh.

- Calon PN, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mendapat 4,130 undi jauh meninggalkan tiga calon lain di Parlimen Kubang Pasu.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.30 malam

- Lim Lip Eng (DAP-PH) mendahului di Parlimen Kepong dengan 16,950 undi

- Calon PN, Mas Ermieyati Samsudin mendahului Masjid Tanah dengan lebih 5,500 undi.

- Calon MUDA, Siti Rahayu Baharin mendahului di Tanjong Karang dengan lebih 2,300 undi.

- Calon PH, Liew Chin Tong mendahului di Iskandar Puteri dengan lebih 3,100 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.25 malam

- Calon BN Shahril Hamdan, sedang mendahului di Parlimen Alor Gajah (P135), Melaka (majoriti 1,209)

- Perdana Menteri yang juga calon BN-UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului di Parlimen Bera, Pahang

- Chong Yew Chuan (BN-MCA) mendahului di Parlimen Cheras dengan 492 undi

- Calon PH Parlimen Bukit Bendera, Syarleena Abdul Rashid mendahului dengan 390 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.20 malam

- Calon BN, Datuk Adnan Abu Hassan mendahului 583 undi di Parlimen Kuala Pilah, Negeri Sembilan

- Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi Parlimen Langkawi ketinggalan 784 undi di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

- Keputusan terkini dari kerusi PKR (melalui CISTA) - Rafizi Ramli PKR mendahului di 22 kerusi, BN mendahului di 7 kerusi, PN mendahului di 7 kerusi

- Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Parlimen P190 Tawau, Christina Liew, mendahului Lima calon lain dengan Majoriti 3966 undi

- Calon PAS Parlimen Dungun, Wan Hasan Mohd Ramli mendahului 3,111 undi


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.15 malam

- Calon MUDA mewakili PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahului di Parlimen Muar dengan lebih 7,667 undi

- Calon PH, Fadhlina Sidek mendahului di Nibong Tebal dengan lebih 10,000 undi.

- Calon PH, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului di Bandar Tun Razak

- Calon PAS, Datuk Ahmad Amzad bin Hashim mendahului di Parlimen Kuala Terengganu P36


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.10 malam

- PN mendahului di Saratok

- Kamarudin Jaffar (PN-BERSATU) mendahului di Parlimen Bandar Tun Razak dengan 1,116 undi

- Calon PN, Muhammad Fawwaz Md Jan, sedang mengatasi Nurul Izzah Anwar (PH) dan dua pencabar lain di Parlimen Permatang Pauh (P44), Pulau Pinang

- Fong Kui Lun (PH-DAP) mendahului di Parlimen Bukit Bintang dengan 3,306 undi setakat jam 8.10 malam

- Teresa Kok Suh Sim (PH-DAP) mendahului di Parlimen Seputeh dengan 300 undi

- Calon BN, Shahril Hamdan sedang mendahului di Parlimen Alor Gajah (P135), Melaka dengan majoriti 654

- Calon PH Datuk Madius Tangau selaku penyandang Ahli Parlimen Tuaran, mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran dengan sebanyak 3,628 undi, bersaing sengit dengan calon GRS Joniston Bangkuai sebanyak 3,048 undi.

- Calon PAS, Che Alias Hamid mendahului di Parlimen Kemaman dengan 2,003 undi


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8.05 malam

- Calon BN, Datuk Siti Aminah Aching mendahului di Parlimen Beaufort dengan undi sebanyak 8,083 undi

- Calon PH, Sim Tze Tzin, sedang mendahului lima pencabarnya di Parlimen Bayan Baru (P52), Pulau Pinang

- Calon BN-MCA Chong Sin Woon sedang mendahului di Parlimen Raub

- Calon PN-BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sedang mendahului di Parlimen Indera Mahkota

- Calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului di Parlimen Jelebu (P126), Negeri Sembilan

- Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Matbali Musah mendahului di Parlimen Sipitang


Keputusan TIDAK RASMI setakat 8 malam

- Calon PH, Khoo Poay Tiong mendahulu di Parlimen Kota Melaka (P138) dengan 560 undi

- Calon PH, Anthony Loke sedang mendahului di Parlimen Seremban (P128), Negeri Sembilan

- Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Madius Tangau selaku penyandang Ahli Parlimen Tuaran, mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran dengan undi sebanyak 3,045

- Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Madius Tangau selaku penyandang Ahli Parlimen Tuaran, mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran dengan undi sebanyak 3,045

- Calon BN, Datuk Roslan Ahmad sedang mendahului di Jasin (P139) Melaka

- Mohd Azizi Abu Naim (PN) mendahului Tengku Razaleigh Hamzah (BN) dan dua pencabarnya lain dengan 1,672 undi.

- Calon Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului di Pagoh dengan lebih 4,100 undi.

- Calon PH, Lim Lip Eng mendahului di Kepong dengan lebih 5,600 undi.

- Calon PH, Fong Kui Lun mendahului di Bukit Bintang dengan lebih 10,400 undi.

- Calon PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului di Parlimen Gombak dengan 253 undi


Keputusan TIDAK RASMI setakat 7.50 malam

- Calon BN-MCA, Wong Yap Wah, sedang mendahului di DUN Tanah Rata, Pahang

- Calon PN, Mas Ermieyati Samsudin mendahului di Parlimen Masjid Tanah (P134) Melaka

- Calon PAS, Che Alias Hamid mendahului di Parlimen Kemaman

- Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (BN) mendahului di P029 Machang.

- Calon PH Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow mendahuui 3,066 undi

- Calon PH Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mendahului dengan 7,730 undi


Keputusan TIDAK RASMI setakat 7.30 malam

- Penyandang kerusi Parlimen Jelutong dari Pakatan Harapan (PH), RSN Rayer mendahului lima pencabarnya yang lain dengan 307 undi

- Calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului di Parlimen Jelebu (P126)

- Wee Ka Siong mendahului di Parlimen Ayer Hitam

- Calon BN, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli mendahului di Parlimen Jempol (P127), Negeri Sembilan

- Calon PH, Ramkarpal Singh mendahului di Bukit Gelugor dengan lebih 5,500 undi.

- PH juga mendahului di Lanang dengan lebih 5,500 undi

- Calon PN, Ahmad Faizal Azumu mendahului di Tambun dengan lebih 900 undi.

- Calon PH, Khoo Poay Tiong, sedang mendahului di Parlimen Kota Melaka (P138), Melaka


Keputusan TIDAK RASMI setakat 7.12 malam

- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mendahului di Parlimen Bera

- Calon Perikatan Nasional (PN), Sasha Lyna Abdul Latif sedang mendahului pencabar lain di Parlimen Ampang.

- Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendahului di Parlimen Bagan dengan 390 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 7.10 malam

- GPS mendahului 25 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak

- Calon BN, Chua Tee Yong sedang mendahului di Parlimen Labis.

- Calon PH, Ramkarpal Singh, sedang mendahului di Parlimen Bukit Gelugor (P51), Pulau Pinang

- Calon BN, Felicia Wong Yin Ting mendahului di Parlimen Seremban (P128)

- Calon BN, Tan Lee Huat, sedang mendahului di Parlimen Batu Kawan (P46), Pulau Pinang

- Calon PH Sheikh Umar Bagharib Ali sedang mendahului di Parlimen Ayer Hitam, Johor

- Calon PH, Lim Hui Ying, sedang mendahului di Parlimen Tanjong (P49), Pulau Pinang

- PH mendahului di Tanjong.

- GPS mendahului di Sarikei dengan lebih 10,500 undi.

- Calon GRS mendahului di Tenom dengan lebih 2,100 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 7 malam

- GRS mendahului di Ranau.

- GPS mendahului di Puncak Borneo dengan lebih 5,200 undi.

- Calon PBM Larry Sng mendahului di Julau,

- GPS mendahului di Saratok

- GPS mendahului di Sri Aman,

- PH mendahului di Sandakan dengan lebih 2,200 undi.


Keputusan TIDAK RASMI setakat 6.50 petang

- Calon BN, Felicia Wong Yin Ting mendahului di Parlimen Seremban (P128)

- Calon BN, Tan Lee Huat, sedang mendahului di Parlimen Batu Kawan (P46), Pulau Pinang

- Calon PH Sheikh Umar Bagharib Ali sedang mendahului di Parlimen Ayer Hitam, Johor

- Calon PH, Lim Hui Ying, sedang mendahului di Parlimen Tanjong (P49), Pulau Pinang

- Calon PN, Baljit Singh Jigiri Singh, sedang mendahului di Parlimen Jelutong (P50), Pulau Pinang

- Calon PN, Thinaganarabhan Padmanabhan, sedang mendahului di Parlimen Bukit Gelugor (P51), Pulau Pinang

- Parlimen P064, Ipoh Timor. PN mendahului dengan 444 jumlah undi

Peti undi pengundian awal bagi Parlimen Langkawi PRU15 membabitkan anggota polis dan tentera telah tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Badminton Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi. Peti undi itu menjadi peti undi pertama tiba di pusat itu. - Foto NSTP
Peti undi pengundian awal bagi Parlimen Langkawi PRU15 membabitkan anggota polis dan tentera telah tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Badminton Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi. Peti undi itu menjadi peti undi pertama tiba di pusat itu. - Foto NSTP

6.24 petang: - TIDAK RASMI GPS mendahului di Sri Aman.

6.14 petang: - TIDAK RASMI PBM mendahului di Julau

6.09 petang: - TIDAK RASMI GPS mendahului di Puncak Borneo.

6.06 petang: - TIDAK RASMI PN mendahului di Beluran

6.13 petang:- TIDAK RASMI GPS mendahului di Serian

6.40 petang - TIDAK RASMI GPS mendahului di Sarikei dengan lebih 5,200 undi.

- TIDAK RASMI PH mendahului di Sibu dengan lebih 7,500 votes.

- BN mendahului di Ayer Itam

6.21 petang: - TIDAK RASMI GRS mendahului di Ranau

6.20 petang: - TIDAK RASMI GPS mendahului di Betong



Keputusan TIDAK RASMI setakat 6.20 petang

- PH mendahului di Sibu dengan lebih 3,000 undi

- PH mendahului di Seremban.

- BN mendahului di Kluang.

- GPS mendahului di Mas Gading.

- GPS mendahului di Lanang dengan lebih 2,200 undi.

- BN mendahului di Klang.

- GPS mendahului di Sibu dengan lebih 3,000 undi.

- GPS mendahului di Sarikei dengan lebih 2,000 undi.

Berita Harian X