Sabtu, 19 November 2022 | 6:09pm
Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera mengundi di SK Sungai Talam, Kuantan. - Sumber Twitter @JatIkhwan

PRU15: Tiga puteri raja curi tumpuan

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar kalangan pemimpin negeri, selesai menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat tengah hari ini.

Di PAHANG, Menteri Besar Datuk Seri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri Datin Seri Burhah Mohammed menjalankan tanggungjawab tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai, Lipis, pada 8.30 pagi tadi.

Beliau yang juga penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, berharap rakyat Pahang dapat keluar mengundi serta membuat pilihan yang tepat dalam menentukan barisan kepimpinan negeri.

Selain itu, tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Sungai Talam.

Dalam pada itu, calon tumpuan di Pahang dan anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohamad Nizar yang bertanding mewakili BN bagi DUN Peramu Jaya, mengundi bersama isteri Datin Nur Sharmila Shaheen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya.

Datuk Mohd Nizar Najib dan isteri Datin Nur Sharmila Shaheen Mirza Habib mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya. - BERNAMA
Datuk Mohd Nizar Najib dan isteri Datin Nur Sharmila Shaheen Mirza Habib mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya. - BERNAMA

Di PERAK, Menteri Besar yang juga calon BN bagi kerusi DUN Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubir pula mengundi di SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong.

Datuk Seri Saarani Mohamad mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong. - BERNAMA
Datuk Seri Saarani Mohamad mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong. - BERNAMA

Selain itu, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan antara calon terawal yang selesai mengundi di Sekolah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah, Tambun manakala calon PN Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin menunaikan tanggungjawab tersebut SK Sungai Bayor, Selama.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi mengundi di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah. - BERNAMA
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi mengundi di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah. - BERNAMA

Turut selesai mengundi ialah calon BN Parlimen Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah di SK Tanah Hitam, Chemor serta calon BN di Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan dan isteri Datin Seri V.Kavitha yang mengundi di Pusat Pengundian di SK Satu, Tapah.

Calon BN bagi Parlimen Lumut Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula melunaskan tanggungjawab tersebut di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Pulau Pangkor.

Di PERLIS, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang juga calon DUN Bintong menunaikan tanggungjawabnya di SK Bintong, Kangar.

Datuk Seri Azlan Man bersama isteri Datin Seri Nor Aswana Omar menunjukkan jari yang dicelup dakwat biru selepas mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Bintong hari ini.
Datuk Seri Azlan Man bersama isteri Datin Seri Nor Aswana Omar menunjukkan jari yang dicelup dakwat biru selepas mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Bintong hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perlis dengan berpakaian kurta merah, turut diiringi isterinya Datin Seri Noraswana Omar.

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertahankan kerusi itu atas tiket PN, mengundi di SK Tambun Tulang bersama isteri Datin Seri Shamsiah Mohd Yasin.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket Bebas, mengundi di SK Lubuk Sireh, Padang Besar.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu Kawan mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hu Yew Seah.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi PH di Parlimen Bagan dan adiknya Lim Hui Ying, yang juga calon Parlimen Tanjong, mengundi di SMJK Chung Hwa Confucian.

Lim Guan Eng bersama adiknya yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P049 Tanjong, Lim Hui Ying mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Confucian. - BERNAMA
Lim Guan Eng bersama adiknya yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P049 Tanjong, Lim Hui Ying mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Confucian. - BERNAMA

Di KEDAH, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merupakan antara mereka yang selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Bandar Baru Beris Jaya, Sik.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Munira M Yusop pula mengundi di SK Durian Daun.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain. - BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain. - BERNAMA

Berita Harian X