Sabtu, 19 November 2022 | 3:07pm

PRU15: Jalan dinaiki air paras pinggang, bomba bawa pengundi

TENOM: Pasukan bomba menjalankan operasi membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia Sook, di sini, hari ini selepas jalan ke lokasi berkenaan ditenggelami air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata laluan utama itu dinaiki air sehingga paras pinggang.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua lori, pikap dan bot dikerah ke lokasi kejadian.

"Pasukan Bomba membantu mengambil pengundi dari Simpang Rancangan Belia dan dihantar ke pusat pengundian menggunakan lori bomba.

"Kerja-kerja mengambil dan menghantar pengundi yang dianggarkan seramai 40 orang itu masih dijalankan sehingga kini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba membantu membawa pengundi ke pusat pengundian di SK Rancangan Belia Sook, Tenom. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba membantu membawa pengundi ke pusat pengundian di SK Rancangan Belia Sook, Tenom. - Foto ihsan Bomba
Berita Harian X