KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga jam 7 malam.
METMalaysia menerusi kenyataan di aplikasi Telegram memaklumkan, keadaan itu diramal di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Hujan di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling, manakala di Perak ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Hujan lebat di Kelantan membabitkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Pahang ialah Cameron Highlands dan Lipis.
Selain itu, di Negeri Sembilan membabitkan Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Daerah di Johor ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Mersing.
Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Kanowit, Selangau, Mukah, Kapit, Song, Kapit, Bukit Mabong, Bintulu, Tatau dan Bintulu.
Di Sabah pula, Pedalaman, Tambunan, Pantai Barat, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Sandakan, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat dan Pitas.